Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hujung tahun lalu aku bercuti. Ikutkan tak pernah bercuti pada hujung tahun. Ini first time bercuti hujung tahun dan berjalan. Dan juga first time bercuti bawa ister dan Fatih sekali. Juga first time drive Viva sejauh 1,000 kilometer selama 5 hari . Jadi untuk artikel kali ni aku nak kongsi pengalaman yang tak seberapa ni

27.12.2019
Bergerak dari rumah kira-kira jam 3.50 pagi . Melalui tol Simpang Empat.
Tak berapa nampak terlepas dari susur Nilai. Pusing semula di tol Bandar Seri Mahkota.
Berhenti di Sungai Buloh untuk menunaikan solat Subuh.
Terus menuju ke Ulu Chepor. Sekali palang pintu tak buka. Rupa-rupanya tutup di waktu pagi dan hanya dibuka selepas Solat Jumaat da. Terpaksa tukar plan dari memulakan aktiviti di Ulu Chepor dan pergi ke Movie Animation Park Studio.

Dalam perjalanan ke MAPS tu kena mandikan Fatih sebab masa pergi dia memang belum mandi lagi. Terus cari tempat mandi yang sesuai dan jumpa satu masjid yang menarik iaitu Masjid Muhammadiah – Masjid Cina , Ipoh. Teringat pula Masjid Cina , Melaka yang hampir serupa rekabentuknya.
Memang menarik sekali binaan masjid dan ketika tiba baru je pukul 9 tapi mereka dah siap sedia untuk solat Jumaat. Memang terbaik lah ahli jawatankuasa Masjid ni. Ambil gambar sikit dan kemudian singgah sebentar makan sarapan pagi di Medan selera berhampiran.
Pagi dah makan nasi dengan kurma ayam tapi layankan je. Nanti kat MAPS belum tentu ada kedai makan yang murah..

1) MAPS
Tiba di MAPS kira-kira jam 9.50 pagi. Dah buka pun (ikut jadual MAPS ni buka jam 9.30 pagi). Tiada bayaran masuk dan parking pun percuma sahaja. Masuk sahaja dan bayar untuk tempat atau permainan yang kita nak je.
Menurut orang lama, sebelum ni nak kena masuk MAPS kena bayar RM90 sekepala. Kalau macam tu sakit la sebab bukan semua main kan. Nampak banyak juga tempat menarik macam
Taman tema ini lebih sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun cuma ada banyak permainan tak dapat masuk sebab kena dapatkan ketinggian kanak-kanak lebih 100cm. Dak Fatih belum sampai lagi.
Boleh masuk ke Boboiboy 4D tapi agak malang kami tak berkesempatan kerana jadual yang ketat. Sebab tayangan dia tak kena pada masa yang diinginkan. Tambahan pula, Fatih banyak habiskan masa di tempat permainan seperti Coral Adventure.
Sempatlah naik kapalterbang pusing, kuda pusing dan beberapa tempat lagi. Secara amnya, aku tak boleh nak nilai sangat tapi kira berbaloilah sebab anda yang tentukan mana tempat nak pergi.
Untuk masuk ke taman-taman tertentu korang kena top up dulu kad korang. Nak topup senang je sebab di tepi-tepi tu ada kaunter untuk topup nilai anda. Aku belanja kira-kira RM70 untuk setengah hari tu..

Aku sempat solat Jumaat di Masjid Al Ansar Jalan Meru Impian. Kalau ikutkan, boleh je solat musafir (boleh rujuk sini hukum solat Jumaat musafir dari website Mufti WP )tapi setelah berbincang dengan isteri, aku pergi cari masjid terdekat.

Boleh klik link ni untuk ke Masjid Al Ansar tu. Masjid ni tak besar sangat tapi selesa lah untuk menunaikan solat Jumaat. cuma kariahnya agak ramai. Mungkin juga dengan kebanjiran pendatang asing yang meramaikan jemaah tu. Lepas solat Jumaat tu nak keluar ambil masa kira-kira 5 minit juga sebab terlalu banyak kereta.
Mungkin perlu ada masjid berdekatan bagi menampung kebanjiran jemaah di sini.

-Selepas selesai menunaikan solat Jumaat, aku tunggu isteri dan Fatih yang masih berada di dalam MAPS tu. Sekali topi Spiderman tinggal kat dalam. Tapi aku malas nak ambil semula. Kira rezeki lah siapa yang dapat topi SPiderman kat dalam MAPS tu.

Untuk ke MAPS, boleh klik Google Maps ni

2) Lata Ulu Chepor
Selesai je di MAPS kami terus ke lokasi yang sejuk iaitu di Lata Ulu Chepor. Sebelum tu singgah dulu solat Zohor untuk isteri di Masjid A-Rahmaniah. Time ni Fatih dah ngantuk dan tidur kat bangku masjid. Memang panas terik time tu.

Isteri dan Fatih


Mula-mula sampai kat Ulu Chepor, Fatih tak nak turun tapi lepas dibawa oleh maknya dan merasai air dia pula gembira amat. Agak laju juga air di kawasan yang agak berbatu ni. Air memang sejuk dan bersih. Ramai juga yang datang walaupun waktu masih petang lagi. Kira-kira hampir 2 jam juga bermandi manda di sana.
Cumanya aku tak lama sangat berendam sebab jari kaki melecet. Kena batu dan air terasa juga jadi kenalah kurangkan. Almaklumlah, ada diabetes ni kena jaga juga. Dah selesai je kami teruskan menuju ke tempat penginapan.

Untuk ke Lata Ulu Chepor sila klik link sini

3) Pergi Check in di Ipoh Boutique Hotel
Lokasi untuk bermalam selama 3 hari di Ipoh iaitu di Ipoh Boutique Hotel. Terletak di Jalan Datuk Onn Jaafar di Ipoh ianya mudah dicari. Ada KFC dan Pizza Hut berdekatan hotel tersebut. Memandangkan ianya adalah boutique hotel maka tiadalah parking khas.
Kenalah parking di tepi jalan atau parking bayar. Hari pertama aku parking di tepi jalan petak Majlis Bandaraya Ipoh. Nasib baik sampai ke hari balik tak kena kompaun. Sambung balik hari pertama , memandangkan aku pun dah penat maka makan di bawah sahaja iaitu di KFC.
Habis je makan terus tidur. Secara amnya, hotel ini agak kemas dan bersih cumanya susun atur tv agak pelik. Biasa kalau kita duduk hotel, katil mesti mengadap tv kan? Tapi yang ni tv mengadap belah lain. Kalau nak tengok tv kena turun katil dan pandang belah sana.
Siaran pun tak berapa nak best jadi tak kisah sangat le.

Untuk ke Ipoh Boutique Hotel sila klik sini

28.12.2019
Bangun pagi-pagi bincang jadual dengan isteri. Okay sarapan pagi di tempat makanan viral di Ipoh.

1) Suhaimi Cafe

Suhaimi Cafe ni terletak di laluan Jelapang Selatan. Aku memang tak tahu tentang kedai makan ni tapi isteri yang Google. Tak tahu pun apa istimewanya kedai makan yang viral ni. Berbeza dengan kedai makan biasa yang buka selepas subuh kedai ni berjadual dimana hanya dibuka bermula jam 7.45 pagi.
Memang tepat-tepat jam 7.45 pagi baru pintu kedai dibuka. Menariknya juga, sebelum pukul 7.30 dah ada yang menunggu untuk kedai buka (termasuk yang taip ni). Serbu je masuk dan order makanan yang ada. Aku tak reti sangat dengan menu tapi bantai je la. Kami order Roti Titab dan Roti Benggali sebagai juadah manakala air teh hijau, kopi vietnam dan air milo ais sebagai hidangan.
Bila melihat sahaja makanan terhidang memang tak pernah ku rasa sebelum ni. Roti yang disediakan memang cukup tebal dan rasa karinya juga cukup sedap. Patutlah ramai sanggup beratur semata-mata nak masuk kedai makan ni.
Kedai pun bersih meskipun ianya terletak di lot kedai biasa je . Jadi memang kalau korang pergi Ipoh, singgah lah cuba kat sini.

Gambar artis-artis lama serta lukisan di paparkan di dinding Suhaimi Cafe
menu di Suhaimi Cafe

Untuk ke Suhaimi Cafe boleh klik link ini
Selesai makan nak pergi tengok kebun limau bali pula..

2) Kebun Limau Bali Pomela
Sebelum terkenal dengan taman tema Lost World, Tambun lebih dahulu terkenal dengan limau balinya. Aku singgah di salah satu kebun iaitu Pomelo GoChin AgroFarm.
Tak berapa jauh dari Ipoh untuk ke sana. Dekat sini boleh tengok pokok-pokok limau bali cumanya tempat ini tiada yang menarik sangat kecuali pokok-pokok dan kedai.
Kalau korang nak beli limau bali pun ada dijual cuma aku rasa harga agak tinggi sikit. Mungkin korang boleh cari di tempat lain kalau nak beli kuantiti yang banyak.

Untuk ke kebun limau Bali Pomela boleh klik sini
Lepas je selesai melawat ke kebun limau bali aku terus ke rumah sepupu di Tambun tu. Ok, menarik juga lepak rumah sepupu ni sebab dia ada bela ayam, burung puyuh dan ikan keli meskipun duduk di rumah teres.
Kalau ikutkan tak boleh binantang ternakan kat taman perumahan walaupun rumah lot corner tapi selamba je. Mungkin orang sekeliling tak kisah dan tak effek maka boleh je la.
Okay, aku tak cerita panjang sebab ni rumah keluarga .

Selesai je kami pergi ke Gopeng untuk melihat teh.

3) Gaharu Tea Valley
Tak pernah tahu pun bahawa pokok gaharu boleh dibuat teh. Pergi ke Gopeng untuk melihat suasana tersebut. Agak jauh dari Ipoh dimana kena keluar lebuhraya untuk ke sana.
Sampai je kat Gopeng tu kami tempah tiket untuk naik ke kawasan bukit dengan bayaran RM10 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Ada ratus ribu pokok gaharu di sana. Melihat keindahan alam dari Bukit serta mendengar penerangan mengenai pokok gaharu memang mengujakan.
Bayangkan bagaimana untuk menjaga puluh ribu pokok gaharu tersebut dengan jayanya. Banyak khasiat pokok Gaharu yang diterangkan. Kalau selama ni ingat pokok gaharu cuma untuk dibuat kayu atau minyak wangi tapi ia juga boleh dibuat teh. Bukan tu je, ada juga dibuat coklat, mee dan pelbagai benda lain.
Ini korang boleh beli di kedai yang disediakan di kaunter tersebut. Cuma harganya agak tinggi bagi kami. Tak mampu nak bawa balik untuk dicuba.

Oo ye, tempat ni dinamakan HOGA Gaharu Tea Valley Gopeng. Tak pasti mungkin nama pemilik atau penemu projek ini. Tak dapat nak tahu info sangat sebab kami kena banyak berjalan sebab van yang mengangkut kami ada 4 hentian. Di setiap hentian ada pelbagai kawasan untuk dilihat dan dihayati.
Si Fatih tertarik dengan memberi ikan makan. Memang banyak ikan di kolam tu. Selain tu ada satu kawasan terletaknya kura-kura yang berusia 100 tahun. Aku tertarik dengan Gaharu ni, macammana agaknya ‘founder’ asal boleh memikirkan tumbuhan ini yang ditanam dengan kuantiti yang banyak. Pasti bukan sedikit usaha dilakukan sebelum kawasan ini menjadi sebegini.
Sambil tu sempat juga melayan air teh gaharu dan aiskrim. Memang menarik rasanya.

Nak ke Gaharu Tea Valley ni agak mencabar sikit sebab jalan tak berapa rata dan kecil. Masa nak masuk ke simpang di pekan Gopeng tu pun tersilap langkah. Google Maps pun tak berikan instruction lepas pekan tu. Tapi tak tau le kalau aku silap cari.
Untuk ke Gaharu Tea Valley boleh klik sini

Selesai sahaja melawat Hoga Gaharu Tea Valley Gopeng ni kami meneruskan perjalanan balik ke Ipoh. Kami nak ke Gunung Rapat untuk melihat gua-gua tapi kebanyakan dah tutup dan terpaksa tukar plan.
Pergi pula ke BlueBlue Playland yang berhampiran dengan Gunung Rapat.

4) BlueBlue Playland
Tempat ni agak sukar nak cari mulanya. Guna google dah sampai tempat parking tapi nak ke kawasan BlueBlue Playland ni tak jumpa sebab dia di pintu belakang. Penat mencari akhirnya jumpa juga BlueBlue Playland tu.
Nama pun playland jadi ianya memang lebih kepada kanak-kanak. Ada Lego, gelongsor belon dan macam-macam lagi. Dia ada kawasan gelanggang futsal, gelanggang badminton tapi aku tak pergi la tempat tu.
Aku pergi tempat untuk mainan kanak-kanak. Meskipun mainan kanak-kanak ada juga tempat orang dewasa. Korang tengok gambar kat bawah ni je. Susah nak terangkan dalam bentuk tulisan ni.

Boleh lompat-lompat tapi kena ada keberanian le. Aku nak lompat tinggi-tinggi ada ketakutan di situ. Memang berpeluh jantan juga kat sini. Harga tiket korang rujuk kat facebook BlueBlue Playland sebab aku pun tak faham sangat harganya.
Ada dapat free seorang dewasa tu. oo ye, bawa juga stokin ye kalau tak kena beli RM7.00 . Stokin pula tu tahap budak sekolah. Jenuh gak nak sarung tu..

Korang nak cuba boleh ke link ini

Lepas je selesai di BlueBlue Playland pindah pula untuk ke Gerbang Malam di Ipoh. Kawasan Pasar Malam yang agak luas ni. Cumanya nak cari makanan takde pula di sepanjang jalan tu. Terpaksa makan di Medan Selera Jalan Tahmil. Makan je la apa yang ada untuk alas perut.
Dah le nak parking sikit payah nak cari. Takde apa beli pun kat gerbang malam cuma kena pau dengan Fatih beli mainan. Huhuhuhuu..

29.12.2019

Hari ketiga pula. Lokasi pertama adalah di depan hotel iaitu pasar karat.

1) Pasar Karat Ipoh
Hanya terletak bersebelahan hotel, pasar karat yang sepanjang 1 kilometer ini mempunyai pelbagai barang-barang vintage dan barang pasar biasa. Aku cuba juga cari-cari barang yang berkenan tapi tak jumpa pula. Memang banyak barang-barang antik yang boleh korang cari. Kalau ada yang pandai mungkin boleh jumpa barang lama yang ada harga.
Penat berjalan singgah jap makan kat warung. Cumanya pakcik kedai ni agak kerek sikit. Tak ramah langsung. Tau le penat tapi mana boleh herdik customer kan.. Kita senyap je kita pula kena.. takpelah, tak datang lagi pakcik oit..
Lepas tu pergi ke tempat rekreasi iaitu di Gunung Lang.

2) Taman Rekreasi Gunung Lang
Taman Rekreasi Gunung Lang ini merupakan lokasi tapak lombong yang dijadikan tasik buatan. Memang menarik landskap yang unik serta kehijauannya. Selain tengok tasik, kami dibawa menaiki bot ke pulau buatan. Harga bot cuma RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak. Perjalanan ke pulau tu tak sampai 1 kilometer rasanya. Di kawasan pulau buatan tu memang banyak yang boleh kita lihat.

Dekat Taman Rekreasi Gunung Lang


Ada burung, kuda, kura-kura, rumah Perak dan banyak lagi. Nak terangkan panjang lebar pun tak terlarat. Dan Fatih melayan taman mainan hampir setengah jam juga. Memang aku cadangkan agar korang pergi ke sini kalau singgah Ipoh ni..

Klik link Google Maps untuk ke taman rekreasi ini.

3) Kek Long Tong
Lepas je ke taman rekreasi Gunung Lang kami singgah ke Kek Long TOng.Kek Long Tong ni adalah gua yang telah dijadikan kawasan rekreasi. Secara amnya tiada yang terlalu menarik cuma pemandangan indah di kawasan gua serta taman kolam di kawasan sekitarnya. Kawasan ini mungkin tak ramai orang Melayu datang sebab kami hanya nampak sekumpulan je orang Melayu. Yang lainnya orang Cina dan India.
Tapi tak salah pun datang untuk mempelajari sesuatu.

Korang boleh klik untuk ke sini
Selepas itu singgah sebentar ke masjid Ipoh untuk menunaikan solat ZOhor serta jamak takdim. Dah tu pergi ke kawasan Ipoh.

4) Kok Heng Sekeping
Masa isteri cadangkan tempat ni aku pun tak faham apa tempat ni. Rupa-rupanya tempat jual buku-buku. Nak beli buku rasanya tak terlarat nak baca nanti. Jadi jalan-jalan je. Uniknya kedai buku ni sebab ianya adalah dari binaan bank. Terdapat bilik kebal serta laluan bawah tanah. Ada juga dipamerkan koleksi pengarah ternama, Allahyarham Yasmin Ahmad. Korang boleh tengok maklumat Yasmin dan juga cerita disitu.
Memang unik sekali.
Korang boleh klik sini

5) Concubine Lane

Ala-ala Petaling Street atau Jonker Walk tapi kecil sikit. Pergi sini nak cari cenderahati . Takde apa sangat nak cerita kat sini.

Korang boleh klik sini

6) Funtasy Trick Art
Mula-mula tak rancang sangat nak ke sini tapi dah tak tau kemana maka pergi juga lah kat sini. Dekat sini dipaparkan lukisan 3D dan yang menariknya, Fatih amat tertarik dengan gambar-gambar ni. Dia yang jadi koreographer.
Sampai ada tu merajuk sebab kami tak nak ambil gambar kat satu port lukisan tu. Kenapa? Sebab gambar perut terbelah dan banduan kena potong kepala. Tak sesuai rasanya untuk budak kecik.

Untuk tengok harga tiket terkini boleh semak di Facebook Funtasy Trick Art

30.12.2019
Kali ini menukar hala tuju ke Lumut Perak. Sebelum tu singgah sekejap ambil gambar di banggunan keretapi Ipoh untuk kenangan. Dalam perjalanan singgah ke Qin Xin Ling Leisure and Cultural Village. Sampai disana tak nampak orang. Tak jadi nak singgah sini dan teruskan ke Lumut sahaja.
Sampai di Lumut kira-kira jam 11.30 pagi. Check in di Lumut Valley Resort Kondomonium. Aku tak berapa nak recommend sangat tempat ni sebab agak lama dan sunyi. Takut juga masa nak masuk tu tapi tawakkal je. Nasib tak baik lif tingkat aku duduk tak boleh tekan butang. Kena turun satu tangga baru boleh turun,.

Di Lumut ni kami pergi beberapa tempat iaitu di Bazar Lumut. Kat situ boleh beli pelbagai hasil laut dan cenderahati. Tapi tak beli banyak sangat sebab tak pandai sangat nak beli ikan bilis mata biru tu.
Heheheh. Alasan kan..

Lepas je cari apa yang patut pergi ke Teluk Batik. Apa lagi ni lah tempat yang disukai oleh Fatih. Main pasir dan mandi laut. Aku mulanya tak nak mandi tapi disebabkan Fatih melalak layan la juga. Tapi tak lama sebab luka kat ibu jari belum sembuh sepenuhnya.

Habis Teluk Batik singgah semula ke Lumut. Pergi la ke Jeti Lumut tu tengok orang pergi ke Pulau Pangkor yang dekat je dari situ. Takpelah, akan datang je pergi Pangkor tu. Kalau pergi time ni penat nak balik esok tu.

Lepak kejap di Jeti Lumut

Okay cukuplah serba sedikit perjalanan aku ke Perak tu. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Ada ketakutan, ada gembira dan ada juga memalukan. Nak pulang ke Melaka mula-mula rancang nak gerak jam 3.00 pagi tapi bila tengok Google Maps jarak ke lebuhraya PLUS adalah 100 kilometer.
Terus tak jadi keluar pagi buta. Keluar lepas Subuh. Ye lah, kalau keluar pagi lalu jalan kampung risau pula sesat atau terjadi apa-apa. Kalau hari dah siang sikit mungkin kurang risaunya.

Alhamdulilah selamat sampai ke rumah kira-kira jam 12.00 tengahari. Terima kasih Allah yang memberikan keselamatan kepada kami. Melindungi kami dari bahaya bencana.
Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan kami. Terima kasih kepada handphone Oppo A57 yang membantu melalui Google Maps. Serta kamera Nikon Coolpix W100 yang membantu mengambil momen menarik. Begitu juga pemegang handphone yang dibeli dari Mr DIY.
Dan paling tak dilupakan jasa kereta Viva Elite ni. Agak risau juga kalau ada berlaku apa-apa tempohari. Meskipun dah service , tukar minyak hitam serta buat balancing dan allignment tapi tetap ada kerisauan juga.
Paling tak lupa bila ada sekali tu terhentak bila termasuk lubang kecil di Gopeng. Inshallah akan di service sekali lagi dalam bulan Januari ini. Mungkin juga akan tukar sepasang kasutnya nanti. AMIN.
Dalam perjalanan ini terdapat juga beberapa tempat menarik seperti Kinta WaterFront, Masjid India Ipoh dan beberapa tempat lagi. Ni pun dah amat panjang aku taip ni. Ambil masa 2 hari ni..

Kalau korang nak tengok gambar boleh tengok kat FB aku.. Nak upload banyak-banyak kat blog nanti lambat load pula

Dalam berjalan , ada juga orang tempah homestay Taman Maju. Alhamdulillah semoga akan mendapat rezeki lagi melalui homestay tersebut.

One Reply to “Jalan-Jalan ke Perak”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.