Ulasan Bumper Majalah Ujang & Apo 2020? – New-Stalgia Raya

  • by

Assalamualakum dan salam sejahtera semua
Hari ni aku nak ulas mengenai majalah lawak antarabangsa yang cukup gah di era 90-an dulu, Majalah Ujang & Apo.
Aku memang dah lama tak beli majalah-majalah ni. Almaklumlah agak sibuk dengan aktiviti media sosialku. Jadi masa nak membaca agak terbatas.
Apatahlagi anakku ini seorang yang lasak dan sering menganggu tugas-tugasku untuk membaca. Menambahkan lagi kesukaranku ini.
Masa sehari sebelum Hari Raya aku pergi ke 7-Eleven dan secara kebetulan terpandang majalah Ujang & APo ? Bumper New-Stalgia Puasa & Raya 2020.
Harganya memang agak mahal iaitu RM19.90. Tapi kena faham sebab ianya versi khas dengan 240 mukasurat. Manakan sama dengan harga tahun 1990-an dulu yang kira-kira hanya RM2.++ dan versi bumper sekitar RM6.++.

Aku ambil masa 3 hari untuk menghabiskan bacaan ni. Itu pun ada yang banyak tulisan aku skipkan sebab aku nak membuat ulasan ini dengan segera.
Berikut merupakan ulasan aku mengenai bumper majalah Ujang & Apo 2020 ?

Secara jujurnya aku merasakan bumper majalah Ujang & Apo 2020 ? ini tidak berbaloi dengan harganya. Dari segi kualiti jilidannya memang terbaik termasuklah hadiah percuma sampul raya yang menawan sehingga aku tak sanggup beri pada orang lain.
Cumanya dari segi kualiti pengisian kartun-kartun tidak cukup umph padaku. Boleh katakan aku tidak mampu untuk bergelak ketawa apabila membaca majalah ini. Aku boleh katakan kurang dari 10% hasil dalam majalah ini yang membuatkan ku tersenyum.
Rasanya lebih elok aku melayan filem Syif Malam Raya berbanding membaca majalah ini. Aku tak tahu kenapa editor majalah ini memuatkan banyak kartun yang tidak memberikan kegembiraan orang untuk membacanya.
Aku secara jujurnya agak kecewa bila kadang-kadang termenguap membaca majalah ni.

Aku faham majalah ini adalah kompilasi dalam Majalah Ujang & Apo jadi memang kurang kartun-kartun yang boleh di’relate’ dengan zaman kini. Ada yang lawaknya kita dah boleh agak macam takut lawak takut budak-budak minta duit raya.
Lawak ni memang aku dah tak boleh hadam sangat. Mungkin bolehlah kalau ada satu atau dua tapi kalau ada banyak memang tak boleh pergi da..

Aku juga kecewa bila kartunis Otai tidak memberikan yang padu. Maaf cakap, ada beberapa karya dari kartunis Otai yang mungkin agak tidak memberikan impak pada pembaca. Aku malas nak tunjuk contoh tapi dengan 5-6 mukasurat tanpa ada idea kelakar tidak merangsangkan untuk aku membaca.

Meskipun begitu ada juga beberapa lawak yang masih boleh diterima. Cumanya mungkin tak berapa kuat kalau nak dipersembahkan dalam versi khas ni. Aku harapkan pihak berkaitan akan memperbaiki jika ingin menghasilkan bumper di masa akan datang.
Aku tau memang bukan murah dan mudah tapi sebagai pembaca kami tetap inginkan yang terbaik untuk sen yang kami keluarkan untuk membeli majalah ini.
Jika hasilnya tidak setimpal dengan apa yang kami laburkan pastilah menyedihkan. Mungkin selepas ini mereka dah boleh bersedia dengan kartun-kartun baharu jika ingin membuat bumper raya pada tahun hadapan.
Selain lawak baharu, perlu juga ada kawalan kualiti supaya karya yang dihasilkan adalah sesuatu yang menarik untuk dibaca.

Aku minta maaf sekiranya peminat atau mereka yang terlibat dalam penghasilan Majalah Ujang & Apo ( team Bekazon ) ini terasa hati. Bukan apa, ianya adalah satu kritikan yang ingin menjadikan industri kartun kembali meningkat seperti tahun 1990-an dahulu.
HASTA PRONTO… ADIOS..

Sekian. Terima kasih

p/s : Alhamdulillah Bekazon.com telah beri respon pada penulisan ini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.