Minggu ni ada beberapa cerita yang bolehlah aku kongsikan bersama. Sedikit penat sebab walaupun awal tahun namun ada kerja-kerja tertunggak yang perlu disiapkan.
Walaupun dapat duit bonus RM500 tempohari tapi dalam beberapa hari je dah mula tenat je kadar kewangan ni. Memang mengigil juga nak memikirkan baki beberapa hari sebelum timbul gaji bulan Januari.
Apatah lagi janji nak belikan handphone untuk isteri juga terbengkalai akibat ketidakcukupan BAJET bulan ni. Aku harap ada sinar sikit pada bulan hadapan terutama dalam pendapatan online.
Ooo ye, kalau korang perasan aku dah ubah template blog ni. Harap-harap lebih baik dari sebelumnya.
Pergi ke IJN
Kalau korang betul-betul ikut blog ni mesti pernah terbaca artikel pasal bapaku yang akan mendapatkan rawatan susulan ke Institut Jantung Negara. Pada hari Khamis lepas beliau dibawa oleh abang serta adik perempuanku ke institut yang cukup sinonim dengan ‘Jantung’ itu.
Seperti yang kuberitahu sebelum ini , kalau ikutkan kosnya adalah Rm30,000 dimana bapaku yang bekerja kampung pasti sukar untuk mencari wang sejumlah itu. Nasib baik, IJN menerima ‘Guarantee Letter’ kerajaan dan adikku menggunakan surat beliau. Ini kerana beliau berpangkat Pegawai L44 dan keistimewaan kelas beliau lebih besar berbanding diriku.
Alhamdulillah, bapaku mendapat bilik kelas pertama yang menempatkan hanya beliau seorang sahaja.
Aku tidak menyertai ketika penghantaran bapaku dan hanya datang pada hari Jumaat. Aku hadir bersama adik perempuanku. Aku yang memang agak lemah dalam bidang mencari-cari jalan ini menggunakan khidmat beliau dan Google Maps tapi mengikut jalan beliau sebab dia dah pernah ke sana sebelum ini. Melalui terowong SMART menuju ke Jalan Tun Razak. Nasib baik tidak terlalu sesak walaupun banyak kereta.
Cuma bila nak sampai tu masalah nak dapat parking kereta pula. Aku terpaksa berlegar-legar hampir setengah jam semata-mata nak dapatkan tempat di dalam kotak. Mula-mula cuba cari parking bertingkat tetapi tetap tiada dan terpaksa mencari parking di luar. Memang azab juga nak cari namun akhirnya jumpa juga.
Memasuki bilik yang diduduki oleh ayahku memang terasa keselesaannya. Memang besar sungguh ruang dan terdapat televisyen. Terasa seperti berada di hospital swasta walaupun sememangnya IJN telah menghampiri ke swasta. Alhamdulillah ketika aku sampai ayah baru lepas scan. Diberitahu bahawa tidaklah kritikal cuma ada beberapa ruang tersumbat di dalam aliran darah.Ayahku juga memberitahu bahawa doktor akan memberi ubat untuk memecahkan kandungan darah atau lemak.
Aku juga perasan ada surau Jumaat di IJN. Itu menunjukkan betapa besar dan ramainya pengunjung di sana. Kalau tengok sendiri di ruang lobi IJN tu ada terdapat cafe dan juga beberapa kedai menjual barangan. Memang nampak komersial IJN ni.
Pukul 2.30 aku pulang. Kali ini bersendirian sebab adik bongsuku akan tidur di rumah adik perempuanku. Balik sendiri memang sedikit resah tapi aku gunakan sahaja Google Maps. Walaupun adik memberikan ‘instruction’ tapi aku melihat arahan Google Maps lebih senang. Alhamdulillah aku sampai di Plaza Tol Sungai Besi dengan selesa. Malahan aku tak perlu menempuh terowong SMART yang agak mengerikan juga tu. Alhamdulillah, bapaku telah keluar dari IJN pada hari Sabtu dan diberikan ubat.
Beliau juga dinasihatkan agar tidak melakukan kerja berat dalam tempoh seminggu ini. Harap beliau ikutlah arahan doktor tu. Bukan apa, orang tua mana nak duduk diam. Nak berjalan je kerjanya.
Kenduri Kahwin Sukur Ibrahim
Korang kenal ke Sukur Ibrahim ? Insan istimewa yang cukup hebat ini. Aku kenal dengan beliau ketika aku menghadiri gathering blogger di Putrajaya 5 tahun yang lalu. Beliau bukanlah blogger yang top pada masa itu tapi keunikan fizikalnya telah menambat hati ramai pihak ketika itu. Dan selepas itu aku mula menegur dan juga follow facebook beliau. Selain itu aku pernah juga menghadiri majlis kenduri kakak beliau di Sungai Udang dulu. Beliau juga pernah datang ke Majlis Akikah adikku.
Cuma katanya dia tak sempat datang majlis kahwin ku atas sebab-sebab yang aku tak ingat. Hahahaha. Untuk makluman korang selain sebagai blogger , beliau juga merupakan seorang usahawan (tokei karpet, kanopi,signboard), motivator dan perancang kewangan. Aku sendiri adalah salah seorang ‘client’ beliau dalam pelaburan dimana aku melabur sedikit wang dalam CWA dimana beliau ejennya.
Mengikut sejarahnya juga, beliau adalah salah seorang graduan dalam bidang komputer namun kini berjaya dalam bidang yang berbeza.
Sememangnya aku kagum atas kemampuan beliau. Walaupun tidak sempurna fizikalnya namun beliau membuktikan kejayaan itu tidak semestinya terletak pada fizikal. Kalau beliau yang serba kekurangan mampu melangkah sejauh itu takkan kita yang SEMPURNA FIZIKAL tidak mampu berjaya. Sekurang-kurangnya tidak hanya berada di takuk lama sahaja. Insha Allah, aku menjadikan dia sebagai sumber inspirasi walaupun pastinya jalan aku berbeza.
Bercerita tentang Sukur, aku mulanya agak terkejut juga dengan pasangannya. Dulu aku ingatkan yang selalu membantu dan mengikutnya adalah saudara mara tetapi rupanya bukan. Dan alhamdulillah, akhirnya mereka diijabkabulkan. Semoga dengan ikatan ini akan memudahkan lagi perjalanan mereka.
Larian 8 Kilometer
Kalau korang ingat, aku ada menetapkan sasaran larian untuk mencapai 1,000 kilometer pada tahun 2016 ini. Masa aku buat sasaran aku kirakan ikut anggaran 50 minggu x 20 kilometer seminggu. Nampaknya setelah tahun 2016 aku hanya mampu berlari 2 kali sahaja. Nampak sedikit kesukaran untuk mengejar cabaran itu namun aku tetap tidak mahu mengubah sasaran. Apatah lagi ianya terlalu awal jadi tetap diteruskan.
Mungkin akan diubah kalau terlalu jauh pada setengah tahun nanti. Berbalik kepada larian minggu ini, aku berjaya berlari 8.68 kilometer dalam tempoh masa 1 jam 20 minit. Satu angka jarak yang baik walaupun sedikit kecewa kerana tidak berjaya mencapai jarak 10 kilometer.
Sememangnya cabaran larian ini terpaksa ku tempuh dengan kekuatan motivasi pada diri sendiri.
Aku ada menyarankan seorang kawanku supaya jogging tetapi beliau menyatakan ketidakminatan pada jogging. Beliau merasakan ianya tidak mempunyai matlamat. Aku tidak mahu berbalah kerana tiada gunanya. Secara peribadi, memang benar apa yang diperkatakan. Tapi kita sendiri kena tetapkan MATLAMAT. Kenapa kita berjogging? Buat Sasaran sendiri dan pasti ia akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan.
Aku sendiri adalah seorang yang bukan atlet dan kalau ikutkan catatan memang jauh berbanding orang biasa berlari(kebiasaan bawah 1 jam bagi 10 km). Tapi tak mengapa, yang penting adalah catatan sendiri. Aku mulai menyukai acara larian ini kerana ia bukan sebab orang lain tapi diri sendiri. Kita hanya perlu kejar matlamat kita dan bukan terlalu memikirkan PESAING. PESAING utama adalah diri sendiri.
Memang susah kalau nak memberikan motivasi pada diri sendiri tapi itulah yang aku lakukan. Inshallah aku cuba untuk menawan lagi 983 kilometer lagi.
Perancangan Menternak Kambing
Menternak Kambing? Kalau ikutkan dalam blog lamaku dulu, SEO Ternak Kambing pernah menjadi tumpuan. Selepas ayahku pulang dari IJN, kami adik beradik merasakan ayah tidak perlu bekerja terlalu keras lagi. Apatah lagi di belakang rumah telahpun terang. Jadi cadangan adik agar menternak kambing adalah satu idea yang baik.
Sememangnya sudah lama ku bercita-cita untuk menternak kambing. Apatah lagi kambing merupakan antara haiwan ternakan yang cukup popular. Ia boleh menjadi sumber pendapatan yang baik. Mula-mula cadangan untuk 30 ekor namun aku rasakan ianya terlalu banyak. Ini masih lagi di peringkat cadangan namun aku harap ianya dapat terlaksana. Mungkin kalau projek ‘STARTUP’ tak menjadi, aku boleh jadi gembala kambing.
Kalau ada hasil, boleh jadi gembala kambing sepenuh masa satu hari nanti. Lagi syok pegang kambing dari seharian mengadap monitor PC kan? Hehehe.
Korang nak bela kambing? Klik banner di bawah ni
Derma Darah
Minggu ini juga aku menderma darah ketika KEMPEN DERMA DARAH di Mydin Jasin. Menderma darah ini memang satu aktiviti yang baik dan aku sarankan agar korang yang sihat boleh lah pergi menderma. Bukan sakit mana pun. Mana tau beberapa mililiter darah anda itu dapat membantu menyelamatkan nyawa manusia yang memerlukan.
Okay, itu lah serba sedikit kisah minggu ku ini. Semoga korang semua terhibur. Hahahahah. Kalau tak terhibur, nyanyilah lagu untuk diri sendiri ye.
memang susah nak cari parking kat IJN tu.
terpaksa parking jauh.
berpengalaman juga dengan masalah ni, ramai betul rakyat malaysia sakit berkaitan jantung
semoga ayahanda cepat sembuh ya
Pernah juga pergi IJN tu lawat saudara yang tengah buat rawatan. Allhamdulillah selamat dah..
wah menarik cerita bro..dan berharap bapa bro terus sembuh selepas ini..
nasib baik keluarga bro ramai dan keadaan tersebut banyak membantu bapa bro jika kurang sihat…
harapan nak didik anak supaya menjadi seperti keluarga bro..terbaik
erk. takde lah ramai sangat..
lagi satu keluarga takdelah hebat sangat..
malu plak nak didik anak jadi cam kitorang
macamana dengan pembedahan ayah, ok ke?
takde pembedahan pun..
sekadar check je.
harap pembedahan ayah berjalan lancar
dulu ayah ada ke sana susha bab cari parking..
sedih sangat kalau ada sakit ini susah nak baik.ayah suri dia banyak makan subat skli makan lebih dari 5 biji huhu..
mujur ayah pencen kerja kerajaan..apa tetap risau buah pinggang tak ok macam dulu buat kerja lebi rasa dada sakit mengah-mengah hu..
moga bapa admin cepat sembuh ya..
semoga cepat sembuh…
bila dah berusia camtu le.. banyak penyakit datang
Alhamdulillah boleh guna GL untuk perubatan ayah, syukur ada anak yang prihatin dengan kesihatan ibubapa..semoga kesihatan ayah bro ZZ bertambah baik