Minggu lepas agak terlewat sikit aku mengupdate artikel ini. Almaklumlah, kesibukan melanda apabila minggu lepas terlibat dengan Majlis Rumah Mampu Milik Taman Krubong Permai.
Tapi untuk majlis kali ini aku hanya terlibat dalam penyediaan plaque perasmian sahaja. Memang kali ini plaque aku minta pembekal buat yang GAH sikit. Sebab takut terjatuh lagipun dijangka TYT akan singgah untuk melawat majlis tersebut.

Plaque perasmian. Nampak cantik kan? Ada sesiapa nak order boleh PM ye.hehehe

Hari kejadian aku datang seawal pukul 9.00 pagi. Persiapan memang cukup menarik dengan pemasangan marque tent. Apataknya majlis tu akan dihadiri oleh TYT Gabenor Negeri Melaka.
Memandangkan majlis berlangsung pada hari Jumaat, aku menaiki kereta rakan sepejabat ke Masjid AN Nur Kampung Beringin, Durian Tunggal, Melaka. Ooo ye, untuk pengetahuan korang, majlis Pelancaran Rumah Contoh RMM Taman Krubong Permai ini juga disekalikan dengan majlis Rumah Terbuka DUN Paya Rumput.
Memang sambil menyelam minum le.. Eh bukan, sambil bekerja dan layan makan-makan yang sedap di majlis tu. Memang banyak makanan seperti Nasi Beriani yang terus di santap oleh ku dan rakan sepejabat.
Memang kenyang dan menambah kolesterol juga petang tu. Hahahaha.. Oo ye, bagi korang yang nak cari Rumah Mampu Milik di Melaka, Taman Krubong Permai ini merupakan antara yang menarik untuk dimiliki.
Rumah berbentuk ‘CLuster’ dimana ada 4 rumah disatukan iaitu 2 unit di bawah dan 2 unit di atas. Menariknya rumah yang dibangunkan oleh pemaju PB Realty ini mempunyai potensi untuk maju.
Sebelahnya terletak sebuah masjid baharu Krubong yang dalam pembinaan. Berdekatan juga dibangunkan satu taman rekreasi yang cukup menarik apabila siap nanti. Keluasan rumah tersebut juga agak menarik. Aku lupa tapi kira-kira 20 x 50 kalau tak silap. Tangga bagi unit atas juga luas jadi tak risau sangat kalau nak bawa barang yang besar ke atas.
Bersambung pada cerita majlis, TYT Gabenor Negeri Melaka tiba jam 2.00 petang dan beliau melawat ke rumah contoh. OO, ye majlis ini juga cukup unik sebab ia menggabungkan 3 entiti iaitu JAPERUN Paya Rumput, Lembaga Perumahan Melaka serta pemaju PB Realty.
Konsep pertama dilakukan di Melaka (tempat lain tak tau le). Selepas TYT pulang untuk ke majlis tersebutnya, majlis pelancaran rumah contoh RMM Krubong Permai pun dimulakan. Majlis disempurnakan oleh YB Datuk AR. Ismail Othman selaku EXCO Perumahan mewakili YAB Ketua Menteri Melaka yang mempunyai ketentuan lain.
Menariknya lagi terdapat hadiah sebuah Motosikal Demak yang berjaya dimenangi oleh pengunjung bertuah. Bila tengok motosikal tu teringin pula nak beli apatah lagi motosikal Kriss kat rumah dah terbengkalai. Nak kena repair pula..
Ok, cukup cerita majlis RMM Taman Krubong Permai.

| Korang Nak Beli Rumah? Layan Ebook Percuma Jom Beli Rumah ni |

Minggu lepas juga aku mencuba penggunaan video conferencing menggunakan perisian Team Viewer. Masa tu aku berada di TM Melaka manakala rakan sepejabat berada di pejabatlah. Alhamdulillah menjadi juga kaedah yang ingin dilaksanakan tu. Tak perlu menengok muka, cukup berkongsi screen dan audio secara langsung.
Alhamdulillah perjalanan perbincangan itu lancar dan merupakan satu kaedah baru bagiku.

Hari Sabtu lepas juga aku menyertai program Larian dinamakan ‘Green Run 2.0’. Sebenarnya aku menyertai secara last minute. Sebab baru perasan acara yang dianjurkan oleh pelajar MMU tu. Aku pernah menghadapi situasi yang kurang enak ketika menyertai Larian anjuran Color Me Run MMU pada tahun 2005 (Rujuk Sini) tapi khabarnya penganjur yang lain.
Jadi aku sertai juga dengan bayaran RM50. Aku tiba seawal 5.00 pagi untuk mendaftar sebab baju kena ambil hari kejadian. Tengok tempat macam suram je tapi aku anggap mungkin terlalu awal kedatanganku tu. Lepas solat Subuh aku datang kembali untuk persediaan.
Memang suram betul program ni. Aku kira-kira kurang dari 100 peserta yang hadir. Tengok pula tu ramai yang nampak BOLEH LARI. Memang ada perasaan CUAK sebab takut jadi peserta terakhir. Oo ye, ada kelakar pada tag nombor sebab pakai kertas majung dan di tulis pakai marker.
First time rasanya dapat bib nombor seuzur tu. Tapi takpelah, harung kan juga. Jarak 10 kilometer yang dicanang rupanya hanya 7.25 kilometer. Memandangkan tak ramai yang menyertai program ini aku pun tak mampu untuk MELAJUkan Pace larian. Dapatlah average pace 7:57 min/km dengan berjalan kira-kira 5 kali.

green run 2.0
berjaya menamatkan larian 7.25 kilometer dengan jayanya

Nampak kena banyak melakukan training untuk mencapai sasaran bawah 7 min/kilometer. Rasa macam nak beli kasut baru je tapi takde bajet. Korang nak beli kasut jogging baik? Try klik ni.

Oo ye, aktiviti basuh kereta ku lakukan pada minggu lepas. Sebenarnya takde apa menarik pun kalau cerita pasal basuh kereta kan? Tapi menarik pada ku sebab anak Sulungku(doakan agar dapat anak kedua dan seterusnya lepas ni) membantu. Walaupun bantu tu satu tempat je, terharu lah juga. Harap-harap lepas ni dia bantu bila dah besar. Mana tau nanti boleh buka kedai CarWash sama-sama. Hehehehe

fatih
Beria si Fatih nak membantu bapanya.. Comel je kan

Satu lagi berita baik bagi ibubapaku bila mereka mendapat panggilan menunaikan Haji dan dijangka akan bertolak pada 28 Julai ini. Harap-harap mereka selamat pergi dan balik. Inshallah.

Sebelum terlupa, minggu lepas juga selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka anjuran Mahkamah Syariah aku terus ke Rumah Terbuka anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka. Majlis dilangsungkan di Hotel MITC. Korang nak tau mana Hotel MITC? Klik sini . Meriah juga Rumah Terbuka PKNM dan agensi dibawahnya. Yang menarik perhatian aku adalah terdapat kolam renang di Hotel MITC ni. Untuk pengetahuan korang, Hotel ni dah banyak pemilik dan akhirnya PKNM mengambil alih. Semoga Hotel ini dapat maju sebab berada di kawasan lingkaran MITC yang cukup berpotensi tu.

6 Replies to “Larian Green Run 2.0 , Basuh Kereta dengan Anak, Buat Video Conferencing, Majlis RMM Taman Krubong Permai”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.