Gathering gengblogger Putrajaya 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Alhamdulillah, pada Sabtu ( 11 Julai 2010) si Zool berjaya juga menyertai gathering gengblogger yang diadakan di Taman Cabaran, Putrajaya. Bukan selalu layan-layan gathering ni jadi bila ada peluang cuba-cubalah menyebukkan diri. Memang mengalami sedikit kesukaran untuk tiba ke destinasi. Almaklumlah orang kampung baru sampai ke Putrajaya. Hampir tersesat juga ke jalan mati tapi alhamdulillah masih sempat tiba ke destinasi walaupun mungkin sedikit lewat. Ye lah, dari Melaka ke Putrajaya bukanlah dekat sangat, ditambah dengan gaya pemanduan bersopan oleh pemilik ‘OhPemandu’. Nanti tak pasal-pasal kereta MyVi MBT**** masuk OhPemandu sebab melakukan kesalahan lalulintas. Huhuhuhu..

Gambar curi tanpa izin dari blog Sukor. Sori ek..

Cukup dengan sedikit mukadimah tu. Setiap gathering pasti ada aktiviti yang tersendiri. Untuk gathering ini ianya dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Untuk sesi pagi lebih kepada berkenalan dan merapatkan silaturrahim manakala untuk sesi petang menambah ilmu pengetahuan. Secara amnya, si Zool memang berminat di sesi petang. Lebih-lebih lagi nak dengar pakar-pakar blog cam Kak Jie dan Ariffshah memberikan ilmu mereka. Disebabkan banyak gambar-gambar, rasanya elok entri ditulis bersama-sama gambar sekali.. Layan je la..


Ini gambar perseorangan si Zool bergambar dengan baju gengblogger di kawasan Taman Cabaran tu. Memang hebat gak taman ni sebab ada tempat khas untuk bebudak main skateboard dan mountain bike. Ini kalau Datuk Ali nampak ni mau dia suruh buat kat Melaka ni…


Ini gambar waktu awal-awal tiba. Berjumpa dengan blogger asal dari Melaka iaitu Sukor. Orang Sungai Udang rupanya.. Yang si Zool boleh plak tanya samada beliau ada kaitan dengan ADUN Sungai Udang, YB Datuk Yaakub. Almaklumlah ada iras-iras tu. Jangan marah ek. Kalau balik Melaka, beritau lah.. Kalau ada masa boleh kita jumpa Datuk Yaakub.


Sesi suai kenal atau pecahkan ais (‘ice-breaking’) bermula. Tengoklah mamat sebelah tu.. Boleh siap berborak tu. Nampak sangat yang si Zool ni membosankan .. Huhuhuhuhu. Masa bercakap ni terdengar satu suara halus ‘ jaga-jaga dia ada Pemandu ‘. Camtu lah sikit lebih kurang ayatnya. Tak tau le suara halus tu dari puteri bunian Taman Cabaran kot.. (hehehe.. jangan marah ek, Kak Jie..)


Time ni kena masuk dalam kumpulan sendiri. Si Zool kena masuk kumpulan 2 yang terdiri dari 9 orang. Secara jujurnya si Zool tak ingat nama masing-masing. Mungkin hanya Ariffshah, tu pun sebab dia famous. Masa ni diadakan aktiviti teka teki, lakonan bisu.


Sekali si Zool kena panggil kat depan la. Kena buat gaya bisu untuk perkataan ‘basikal tua’. Ala, ingatkan kena nyanyi tadi. Kalau suruh nyanyi boleh gak ‘sumbang’kan lagu. Dah sedia dalam kepala otak nak nyanyi lagu ‘Kembali Pulang’ – Kagen Band tu.. Huhuhuhuhu.


Ha siap masuk suratkhabar Kosmo tu. Ariffshah selaku PR menerangkan dengan panjang lebar tentang aktiviti gathering gengblogger ni..


Okay. Ni dah masuk sesi petang. Ada sesi menambah ilmu. Si Zool dengan rasa confidentnya menayakan soalan-soalan (eleh 2 soalan je pun..)


Inilah blogger terkenal merangkap domestic engineer, Kak Jie. Kak Jie berkongsikan ilmu sedikit sebanyak mengenai blog. Antaranya :-

1. Untuk dapat traffik/ pendapatan bukan kerja sehari dua. Beliau mengambil masa untuk mencipta jenama segah seperti sekarang.
2. Si Zool bertanya bagaimana dengan komen negatif . Almaklumlah kadang-kadang dapat gak komen yang menyakitkan hati. Kak Jie menyatakan bahawa jangan menyakitkan hati orang. Beliau memberikan tips supaya berhati-hati dalam menulis.
3. Jangan terlalu terbuka dalam menulis entri. Pastikan ada batas-batas dan jangan terlalu rapat dengan blogger lain.
4. Kalau tak suka blog tu. Jangan datang lagi. Tak payah nak komen buruk-buruk. Masing-masing ada cara tersendiri.

Ada gak beberapa tips lain yang ingat-ingat lupa. Kalau ada blogger lain yang ingat boleh tolong tambahkan..


Ini adalah blogger bijak pandai yang belajar kat negara omputeh iaitu Ariffshah. Tengok rupa pun dah iras-iras Roman Pavlyuchenko. Patutlah belajar kat Russia. Masa berada satu group baru tau yang beliau pernah bermastautin di Melaka iaitu di Londang, Melaka. Korang tau ke kat mana Londang? Ala dekat-dekat area Pengkalan Balak atau lebih tepat lagi di Kolej Matrikulasi Melaka, tempat Joegrimjow dan adik-adik si Zool (BDFabregas, ANashahira) belajar dulu. Eh dah melalut plak. Okay, Si Ariffshah ni bukan setakat pandai belajar pasal kejuruteraan … (er tak tau apa kursus dia cakap semalam. Almaklumlah orang kampung.. belajar pun tak tinggi) tapi mahir tentang SEO, Alexa, Page Rank, traffik. Memang banyak yang diceritakan sampai tak reti nak tulis. Dan si Zool pun sibuk tanya ‘ selain dari innity, guna apa lagi’. Mula-mula si Zool ingatkan jawapan yang diberi adalah advertlets (ceh Rm108.00 tak bayar-bayar pun lagi..), Mangga Ads ataupun google adsense tapi benda lain, pixel hapa ntah (tak ambil perhatian betul si ZOol ni).. Huhuhuhuhu.. Memang banyaklah ilmu yang dikongsi tentang camne nak dapatkan PR yang tinggi. Sebenarnya si Zool nak tanya gak untuk apa PR, Alexa tu tapi cam tak best je tanya. Dibatalkan je lah. Lagipun tak nampak plak blogger-blogger ni yang jenis main blog ‘niche’ cam Rohaizad atau Titan. Tapi memang hebat gak si Ariffshah ni beri penerangan. Nasib baik dia beri penerangan dalam bahasa Melayu. Kalau dia cakap Bahasa Russia, memang haru. Terpaksa minta Andrei Arshavin translatekan..


Yang sebelah ni plak DarkBatman. Tengok lengan dia besar woo. Duduk sebelah je dengan dia. Risau gak tiba-tiba dia ajak bertumbuk ke. Takkan nak telefon Sapok Biki tolong plak kan..Ini kalau tinju ngan Sapok pun belum tentu Sapok boleh makan tu. Silap haribulan Sapok yang tumbang…


Yang ni pula Mr Kay. Beliau memang sempoi dan selamba sekali. Masa ni dia tengah terangkan pasal sistem CDN. Apa menatang CDN tu tak berapa nak reti. Cari-carilah sendiri ek.


Ini pula orang paling penting dalam menjayakan gathering ini, joegrimjow. Dalam kata-kata aluan dan penutup beliau menyatakan bahawa bukan mudah untuk merealisasikan perjumpaan ini. Tapi tabik spring 5 kali sebab masih berjaya juga menjayakan gathering ini dengan jayanya. Apakata kalau lepas ni kita buat 2 hari 1 malam. Kalau nak lagi best boleh buat kat Melaka plak.. Huhuhuhuhu.. Cadangan je ni.

Pergh sedar tak sedar panjang gak entri kali ni. Selesai sudah gathering gengblogger Putrajaya versi 1.0. Tunggulah bila agaknya versi 2.0 akan dilaksanakan. Harap-harap lebih ramai yang akan join sekali.

Ops.. Terlupa letak gambar ramai-ramai.. Nah layankan..


Bergambar di tangga Taman Cabaran. Peserta sesi pagi. Ada blogger-blogger yang terpaksa balik atas sebab-sebab tertentu.

Sesi petang sebelum masing-masing pulang ke destinasi.

Kredit Gambar :- Joegrimjow.blogspot.com

Okay. Sekali panjang dah entri ni.. Huhuhuhu. Antara blogger lain yang sempat diterjah oleh si Zool berkenaan entri gathering gengblogger ni :-

JoeGrimjow| Kak Jie part 1, part 2|AzrulHisham|Ariffshah| Syahirul| BroFramestone| SUkor| Miro Corner| Senseinabil| KuMerpati| Azizie| ANak Perak| Kak Ina KL| EjamOthman| Pusheraries |HazzySuperb| Syahirul|Mofasad |Noorafzan |Nur Hidayah Isa | LaPinkyEry |

p/s :- Kalau ada tertinggal tu boleh beritau kat ruangan komen. Kalau ternampak nanti, akan dimasukkan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *