Assalamualaikum dan salam sejahtera..

12 Rabiulawal dalam bulan Hijrah merupakan hari kebesaran iaitu tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Seperti tahun sebelumnya, majlis perarakan sambutan ‘ Maulidul Rasul ‘ pasti diadakan. Perarakan untuk tahun 1431 H bermula dari Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit hingga ke Masjid Al Azim iaitu sekitar 2 km perjalanan dan dijangka mengambil masa sekitar 1/2 jam tamat. Terdapat 173 kontijen iaitu lebih dari 8,000 peserta terlibat dalam barisan perarakan tersebut…

Photobucket

Untuk majlis perarakan kali ini, si Zool terlibat untuk bersama-sama berarak dengan rakan-rakan sepejabat. Agak malang sebab ianya secara paksarela jadi tiada penajaan dari mana-mana pihak.. Tapi tak mengapalah sekali sekala, pedehal..
Pukul 7.00 pagi si Zool telah pun tiba ke Masjid Al Azim. Ikut arahan ketua supaya berada di perkarangan masjid pada waktu ditetapkan. Tapi biasalah janji M…, waktu sukar nak ditepati.. Sampai di Stadium Tun Fatimah dengan menaiki bas Syarikat Air Melaka. Memang penuh kawasan stadium Tun Fatimah dengan ribuan orang samada yang terlibat berarak mahupun yang tukang menyorak.. Majlis dimulakan dengan lagu ‘Negaraku’, ‘Melaka Maju Jaya’, ‘ Doa’,’ Bacaan Al Quran’, ‘Ucapan Pengerusi Jawatankuasa’, ‘Ucapan Y.A.B Ketua Menteri’ dan ‘ucapan perasmian T.Y.T’. Selepas habis ucapan barulah majlis perarakan bermula.. Saya bermula di kontinjen pertama iaitu bersama kumpulan VIP.. Perasan cam VIP sekejap.. Almaklumlah agak jarang-jarang melakukan senaman memang berpeluh dan lenguh juga berjalan sambil berselawat sejauh 2 km ni. Okay cukup dengan membebel. Layankan gambar-gambar yang sempat di snap..

Photobucket
Gambar kontinjen yang sempat disnap. Si Zool dan kawan-kawan duduk di grand stand stadium jadi tak delah lenguh nak berdiri. He hehe..

Photobucket
Ambil gambar dalam perarakan. Waktu baru 100 meter melangkah merupakan waktu sesuai untuk bergambar sebab peluh belum membasahi badan lagi..

Photobucket
Inilah dia barisan hadapan bagi perarakan ni. Dalam kelompok ni ada pegawai-pegawai besar yang membentuk keputusan untuk pembangunan negeri Melaka seperti Pengarah, Ketua Jabatan dan sebagainya. Bangga lah juga walaupun belakang dia je.

Photobucket
Sempat juga mendekatkan diri dengan TYT dan Ketua Menteri Melaka walaupun kaki mula terasa lenguh..

Photobucket
Di tepi-tepi kaki lima jalan.. Ramai yang melihat dan tak kurang juga yang mengambil gambar. Rasa cam Tour De Langkawi plak.. Takkan asyik diorang je yang nak ambil gambar kitorang kan. Jadi si Zool pun ambil gambar mereka di tepi jalan.. Ops.. sekali terambil gambar awek plak.. Tapi perhatikan mereka-mereka yang memakai songkok tu. Gangguan tersebut menghilangkan pembacaan selawat mereka seketika.. Si ZOol tak terlibat ye… Sekadar ambil gambar penonton secara rawak je…

Disebabkan penat berjalan maka tak berkesempatan untuk mengambil gambar tiba ke destinasi. Lebih memilukan bila tiada makanan dikhaskan untuk kami. Buat penat je jalan dengan VIP…
Okay cukuplah untuk hari ni.. Kaki pun dah terkeluar urat ni.. Ada sesiapa nak tolong urutkan tak??
Photobucket

2 Replies to “Perarakan Maulidul Rasul 1431 H”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.