Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni aku nak menulis mengenai hal Youtuber. Bukan apa, ramai yang ingatkan menjadi Youtuber ni mudah.
Boleh jadi macam Sugu Pavithra dapat beratus ribu subscriber dalam masa singkat. Namun tidak semuanya indah.
Sebagai seorang Youtuber dan juga veteran blogger aku memahami situasi ini. Dalam artikel ini aku nak berkongsi salah faham orang mengenai Youtuber.

Ada yang ingat dalam lapangan Youtube ini boleh menjadi kaya dengan mudah. Pendapat aku, ianya salah. Memang ada yang berjaya secara mendadak.
Contoh seperti Sugu Pavithra, Budak 46 yang meningkat dengan pantas sampai mendapat liputan media massa. Namun ia hanya terjadi mungkin satu dalam beratus ribu.
Youtube ini sama seperti perniagaan. Ada yang berjaya dan ramai yang tersungkur. Aku sendiri pun masih terkial-kial untuk capai angka minima bagi mendapat peluang monetize.
Ia tidak semudah disangka.

Ramai yang ingat boleh mendapat pendapatan selepas dapat 1000 subscriber. Itu anggapan yang salah. Kena kejar 4000 jam tontonan dalam tempoh 365 hari. Itu bukan satu tugas mudah.
Channel Zoolzarizi yang telah bersiaran hampir sebelas bulan hanya mencapai 988 jam tontonan. Ia satu perjalanan jauh. Bukan mudah membuat video bercakap sorang-sorang di hadapan kamera.

Buat video satu kerja mudah. Ini andaian orang ramai apatah lagi channel Zoolzarizi tidak mempunyai efek atau bentuk-bentuk pelik dalam video. Meskipun hanya bercakap-cakap namun aku mengambil masa yang panjang.
Untuk merakan sahaja mengambil masa tidak kurang dari setengah jam bagi video durasi kira-kira 5-7 minit. Itu belum lagi nak cari idea dan fakta (channel berbentuk fakta Youtube).
Editing juga ambil masa 1 jam lebih meskipun hanya menggunakan handphone sahaja.

Buat video tidak perlu kos tinggi. Ye, memang tak tinggi tapi perlu juga kos. Aku memerlukan lampu bagi menjadikan video lebih padu dan ia adalah kos yang perlu aku sediakan.
Selain itu aku perlukan mikrofon bagi memastikan suaraku jelas pada video. Almaklumlah suara aku ni agak lembik. Jadi kena ada kekuatan pada peralatan mikrofon.

Promosi. Bukan senang orang nak jumpa channel kita. Kena promosi yang menggila apatah lagi kita takde keistimewaan macam Jacky TV. Jadi memang perlu secara tak langsung mempromosi dimana-mana terutama di media sosial.

Itulah serba sedikit yang aku boleh ceritakan. Ada banyak lagi tapi setakat ini sahaja aku kongsi dulu.

Sambil tu korang layan video dari channel aku ni.. Layan sampai habis ye. 7 minit je..

Boleh klik sini untuk ke channel https://www.youtube.com/c/ZoolZarizi/featured

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.