Sambut Hari Lahir Emak Tanpa Bapa , Tukar Alat Kawal Darah ke One Touch

Tahun ini kami sekeluarga tetap menyambut hari lahir ibu (kami panggil emak) yang ke 69 tahun. Memang berbeza berbanding tahun sebelumnya kerana kali ini tiada lagi senyuman bapa yang biasanya akan menjadi pembayarnya.
Mula-mula kami meraikan dengan kek Ultraman yang dibeli di kedai kek kawan adik . OO jangan gelak ye, kek Ultraman bukan kesukaan emak tapi anak buah yang merengek-rengek nak. Kenalah ikutkan sahaja. Lepas tu pada malam Sabtu lepas, sekali lagi menyambutnya dengan tambahan adik dan ipar untuk menambahkan seri.

Kek Ultraman nenek
Mak potong kek bersama anak saudara

Kali ini kami melayan ikan bakar Parameswara di Umbai. Kedai makan ikan bakar yang paling popular di negeri Melaka ni. Sebelum pergi kena reserve dulu kalau tidak mau penat menunggu meja kosong.
Itupun dapat meja ke 300 dan sampai jam 8.30 malam. Memang cukup ramai apatah lagi esoknya adalah Hari Ahad dan juga cuti Umum Hari Malaysia.

Belselfie sebelum makan itu pasti
Ikan Bakar yang menjadi santapan keluarga

Memang meriah betul Restoran Ikan Bakar Parameswara tu. Kami menempah ikan bakar sambal, ikan 3 rasa, ikan stim, udang butter, sotong goreng tepung, buah-buahan, kerang bakar dan air.
Memang banyak makanan tapi mampu dihabiskan juga. Cuma aku yang terpaksa memandang je udang,sotong, kerang dengan perasaan terliur. Tapi nak buat camne. Dah ada kolesterol tinggi, triglyceride lebih 5 dan diabetes, maka kenalah bertahan.
Tapi tahan-tahan pun layan juga ikan-ikan tu dengan lahapnya. Air jus oren pun pekena dekat 3 cawan juga tu. Nasib baik esoknya mampu layan jogging dan cek darah masih terkawal.
Alhamdulillah berjaya juga menghimpunkan ahli keluarga dan meraikan mak. Seronok bila beramai-ramai camni cuma terasalah kehilangan bapa pada kali ini.

Anda semua mungkin tahu yang aku ada diabetes dan salah satu rutin yang aku lakukan selang sehari adalah melihat kadar kandungan gula dalam darah. Sebelum ini aku menggunakan peralatan jenama AccuChek tetapi kali ini aku beli trade-in alat dari jenama One Touch.
Aku tukar ni sebab tokey Farmasi Remidies, Jasin memberitahu bahawa peralatan yang aku gunakan sekarang telah outdate dan aku boleh ganti dengan yang terkini. Yup, aku trade in yang lama dan beli jenama One Touch dengan harga hanya RM45.00. Kira murah sebab dulu aku beli AccuChek pun dekat RM100 tu.

One Touch, untuk mengukur kandungan gula dalam badan

Cara menggunakannya korang tengok kat video yang aku buat kat bawah ni..

Mula-mula janggal juga nak guna tapi dah mula membiasakan diri. Rasanya dekat Poliklinik Nazmir pun guna One Touch ni juga untuk ukur kandungan gula dalam darah ni. Alhamdulillah walaupun lebih dari kadar sepatut tapi masih terkawal. Aku tau memang sukar untuk dapat bawah 6.0 mol berdasarkan sejarah keluarga dan diri.
Jadi tetap berpuas hati dengan angka bawah 7. Kawalan tetap perlu dilakukan samada dari segi diet makan dan juga senaman yang berterusan. Inilah displin yang perlu ada pada penghidap penyakit-penyakit ye. Ada juga yang takut untuk pergi ke doktor dengan alasan takut dengan keputusan. Ye, memang tak dinafikan aku pun risau juga tapi bila dah tau barulah kita lebih displin.
Kalau tak tau main bedal je. Bila rasa sakit kat dada ingat ianya biasa sahaja. Lagipun bila kita dah tau, kurang-kurang kita dah boleh buat persediaan untuk sebarang kemungkinan. Tak gitu?

 

 

Okay cukuplah serba sedikit kisah aku pada minggu ini. Semoga korang semua berbahagia dan sihat selalu/

2 thoughts on “Sambut Hari Lahir Emak Tanpa Bapa , Tukar Alat Kawal Darah ke One Touch

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *