santai

Selamat Hari Buruh, Ganti Timing Belt Viva, Belajar Laravel , Pencapaian Bulan April

Selamat kembali membaca blog peribadi aku ni. Cerita seminggu yang menyebabkan traffik blog ni tak berapa nak tinggi. Tapi takde masalah sebab KPI blog ni pun memang seminggu sekali. Lainlah blog ligakampung.com yang memang cuba diupdate sekerap mungkin. Itupun tak mampu nak mengkerapkan diri. Lainlah kalau ada yang berkenan nak tulis kat blog cerita sukan tempatan tu.
Berbalik kepada tajuk utama di atas mengenai hari buruh. Aku ucapkan selamat hari buruh walaupun bukan kerja sebagai buruh. Heheheh. Mesti korang pun pening cam aku kena guna nama hari Buruh kan? Ntahlah, malas pula aku nak mengoogle sejarah Hari Buruh tapi yang penting bila tiba je 1hb Mei maka kita pun cuti. Cuti sempena hari pekerja. Tapi tu bagi yang kerjanya boleh cuti, pada yang tak cuti tu takpe.

HariPekerja1
Anggap sahaja ianya pengorbanan yang mulia untuk anda. Bagi aku yang bekerja makan gaji di agensi kerajaan, syukurlah sebab dapat cuti. Tapi akan datang kalau aku dah bergerak sendiri, mungkin hari cuti Buruh ni tak ambil lah kot.

Korang Nak Keje Kerajaan? Cuba dapatkan tips ni

Ooo ye, minggu ni juga hari gaji bagi kakitangan awam dan kenalah tengok bajet bulan lepas yang perlu diselaraskan tahun ni. Korang mesti biasa buatkan. Sebelum gaji dah target berapa perbelanjaan bulanan dan kemudian catatkan perbelanjaan sebenar. Baru tersusun pendapatan dan perbelanjaan.
Bercerita tentang perbelanjaan, ada perbelanjaan kecemasan yang terpaksa aku lakukan. Ianya berkenaan dengan kereta Viva isteriku yang telah capai had masa untuk menggantikan timing beltnya. Memang dah lama juga pomen dari Perodua Service Centre Jasin bagitau. Tapi tangguh dan akhirnya buat sekali masa servis kali ini.
Bengkok jugalah perbelanjaan bulan ni. Tambahan RM271.00 untuk kerja-kerja penukanan timing belt tu. Aku tau harga ini mahal berbanding kalau buat di bengkel biasa, tapi aku ada pendapat sendiri. Malas nak bicara kat sini. Sebab nanti akan berkecamuk jawapan masing-masing.
Yang penting kita rasa selesa. Oo, aku malas pula nak ambil gambar timing belt lama tu. Nampak macam ok lagi tapi tak perlulah ambil risiko yang kita tak tau kan. Takpelah, keluar duit sikit berbanding kalau timing belt tu putus. Lagi masak nanti.

Laravel. Apa pula menantang laravel ni? Bagi orang yang bergelar programmer mungkin tahu tentang Laravel ni. Aku nak terang banyak pun masih peringkat pembelajaran. Cukuplah aku katakan ianya platform bahasa pengaturcaraan PHP untuk membuat sistem berasaskan web.

laravel-logo-big
Sistem apa aku nak buat? Ada sedikit sistem perumahan yang ingin dibangunkan. Disamping itu, korang yang ada rumah sewa tolonglah isi survey ni ye. Aku belajar dengan rakan yang juga seorang dari team projek sistem sewa rumah. Aku harapkan pembelajaran ini dapat diteruskan sebab sukar untuk aku buat projek tanpa kemahiran pengaturcaraan ini.

Minggu ini juga bumi Melaka mula dibasahi hujan. Alhamdulillah sedikit sebanyak mengurangkan bahang yang terasa dibumi bertuah ini. Risau juga kalau takde hujan nanti, air kena catu. Lagi payah. Sekarang ni pun kesian terutama kat anak kecilku yang nampak kepanasan dan kegatalan pada badan akibat kepanasan melampau ni.
Memang ini terpaksa dihadapi. Bukan sekadar fenomena El-Nino je, kehancuran yang dilakukan oleh kita juga penyebab bumi semakin panas. Apa taknya, hutan-hutan dah gondol. Penuh dengan rumah-rumah je. Mana tak panas. Ini semua dah kita ketahui bakal berlaku namun kita tak mampu nak ubahnya kan? Jadi pandai-pandai dan bersedialah pada masa depan.
Bagi sesiapa yang pandai, masa panas-panas ni bolehlah meniaga air balang. Boleh masyuk gak tu. Nak tau camne cara meniaga air balang? Cuba klik gambar bawah ni

Cerita pasal larian pula, minggu ni ada pencapaian yang baik sikit sebab aku mencapai sasaran lebih 20kilometer jumlah larian. Ini sebab selain dari larian Melaka Heritage City, aku tambah juga di rumah pada Khamis dan Sabtu selain hari Rabu. Semoga larianku akan bertambah baik.

lari-melaka-heritage
Gambar nampak sangat mengahnya. Ketika di acara Melaka Heritage City- Half Marathon Melaka

OO ye, hampir terlupa pula, apabila masuk bulan baru aku cerita tentang pencapaian bulan lepas. Tapi untuk entri kali ni aku cuba ringkaskan. Sebab rasa dah panjang pula artikel untuk bulan ni.
Cerita pasal blog, traffik masih biasa-biasa je. Nak cerita kat sini pun agak malu. Cuma blog OhPemandu.com memang aku sudah ambil keputusan untuk tidak mengupdatekan. Dan mungkin juga iklan di nuffnang akan dibuang pada OhPemandu.com. Kepada sesiapa yang berkenan bolehlah hubungi aku. Mungkin boleh bagi harga murah-murah je. Potensi tu ada cuma aku tak larat nak bawanya ke level yang lebih tinggi.
Dari segi pendapatan pula tiada yang boleh dibanggakan. Cuma tunggu cek nuffnang bulan Mac je sampai. Yang lain biasa-biasa je.

Cuma untuk bulan Mei ini, aku mengharapkan beberapa perkara seperti :-

1) Dapat penambahan affiliate.
2) Membuat baju untuk team larianku dengan nama #TeamPuncheat
3) Pembangunan sistem sewa berjalan lancar dan akan diperkenalkan pada beberapa prospek.
4) Berlari dalam satu acara. Dijangka hujung bulan ini. Target juga untuk mendapatkan jarak larian lebih dari April

Okay, cukuplah setakat itu. Panjang pula nanti, tak rajin pula korang nak baca. Terima kasih keran sudi luangkan masa menelaah artikel ini ye.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

11 thoughts on “Selamat Hari Buruh, Ganti Timing Belt Viva, Belajar Laravel , Pencapaian Bulan April

  1. hari buruh tidka kemana cuma petang ajak suami anak makan luar dan duduk rumah sahaja heee…

    wah ada pengueusan blog sudah bagus ni boleh bagikan masa pada benda yang lain pula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.