Selesai Sudah Pilihanraya 14

Mungkin dah sedikit basi tulisanku tapi tetap juga aku nak tulis pasal piliharaya 14 atau #PRU14. Minggu ni selain dak Fatih kena chicken pox, satu aktiviti yang perlu ku hadapi ialah mengundi.
Aku memang pengundi yang menjalankan tanggungjaab semenjak telah lepas umur. Tak silap aku telah mengundi 4 kali iaitu pada tahun 2018, 2013, 2008 dan 2004. Di tempat yang sama iaitu Sekolah Kebangsaan Kesang Tua merupakan lokasi tempat ku mengundi.
Sekolah lama yang menjadi tempat aku belajar huruf dan mengira sehinggalah aku mampu jadi seperti sekarang ni.Tahun ini sedikit berbeza kerana tarikh pilihanraya jatuh pada hari Rabu. Kebetulan pula Fatih kena chicken pox maka masa sebelum tu aku cuti lagi.
Sebenarnya sebelum mengundi aku dah nampak siapa yang aku nak pilih dan tetapan itu dilakukan ketika aku memangkah di dalam kertas undi tersebut. Alhamdulillah kalau sebelum ini aku takdelah rajin nak tunggu keputusan sangat tapi tahun ni aku tengok rancangan kat ASTRO Awani sampai jam 3.00 (itu pun tak habis).
Memang kejutan berlaku di negeriku, Melaka apabila Pakatan Harapan berjaya mendapat majoriti sekaligus boleh membuat kerajaan negeri. Memandangkan aku kerja di agensi kerajaan negeri maka ada lah effect yang akan berlaku dalam struktur kerajaan negeri Melaka.
Aku harapkan perubahan ini memberikan impak positif kepada negeri Melaka. Mungkin kah selepas ini lebih terbuka untuk kritikan? Pada pendapat aku ada beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh Kerajaan baru yang bakal memerintah Melaka. Antaranya ialah :-

1) Ketua Menteri Melaka yang baru perlu mengkaji semula penyertaan Ketua Menteri dalam Lembaga Pengarah. Rasanya macam banyak sangat Ketua Menteri terlibat.
2) Majlis-majlis perasmian atau apa-apa event perlulah simple dan dapat mengurangkan perbelanjaan.
3) Harap-harap kerajaan baru lebih terbuka dan kakitangan awam diberi peluang untuk menegur.
4) Lebih adil. Jangan hanya melihat kepada komplen orang awam sahaja tanpa mendengar pandangan penjawat awam.
5) Siapapun Ketua Menteri diharap dapat pergi ke Seri Negeri samada naik basikal atau paling malas pun naik motosikal. Kenapa? Sebab kediaman rasmi ke Seri Negeri tu tak jauh mana pun.Kalau ikut Google Maps hanya 1 kilometer je. Baru steady KM camtu.

Ini pendapat aku je. Sebenarnya ada lagi tapi aku tak berani nak utarakan . Apapun pilihanraya kali ini memang cukup berbeza penangannya. Kalau ikutkan masa PRU13 dulu dah nampak bait-bait penolakan orang muda pada Barisan Nasional tapi pada PRU 14 kali ini penolakan cukup tinggi.
Bagi aku masing-masing ada kelebihan dan kelemahannya. Itu saja le buat masa ni.

Mengundi di Sekolah Kebangsaan Kesang Tua
Jari bukti telah mengundi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *