Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Aku bukanlah rider apatah lagi penggemar penunggang kenderaan dua roda ini. Tapi tetiba rasa nak cuba-cuba menunggang dengan lebih kerap.
Ye lah sekarang ni zaman ekonomi mula merudum. Kos-kos pun semakin bertambah, mungkin dengan membawa motosikal dapat mengurangkan sikit perbelanjaan.
Aku memiliki sebiji motosikal cup second hand Modenass Kriss 2 yang dibeli secara tunai di Merlimau kira-kira 6 tahun yang lalu.
Beli masa tu harganya RM2,000 tapi sekarang ni rasa kalau nak jual, RM500 pun belum tentu ada orang nak. Jadi aku rasa elok kiranya guna je motosikal tu sampai lah tak boleh guna.
Memandangkan aku memerlukan penunggangan yang lebih selesa dalam jarak yang sedikit jauh maka perlulah ‘upgrade’ serba sedikit.
Antara yang aku telah upgrade adalah :-
1) Sport Rim
- Sebelum ni aku pakai rim aloy biasa je. Secara jujurnya, aku tak pernah ada motosikal mahupun kereta yang ber’sport rim’. Agak kedekut sebenarnya untuk tukar.
Jadi aku keluarkan sikit modal untuk itu. Kos untuk sport rim di kedai motosikal kampung ni adalah RM180.00. Aku tak pasti samada harga berbaloi atau murah tapi rasanya ok sebab dulu pernah tanya kedai lain lagi mahal harganya.
2) Tayar Tubeless
- Dah pakai sport rim kenalah tukar tayar tubeless. Tayar pula hampir serupa harga dekat Sport Rim. Tak mengapalah untuk keselesaan. Kalau pakai tubeless ni kalau pancit masih boleh jalan untuk jarak pendek. Kalau pakai tiub jangan harap le nak jalan. Makin rosak le nanti rim.
3) Tempat duduk (seat)
- Memandangkan tempat duduk dah koyak dicakar oleh kucing maka kenalah sekali tukar.
Itu serba sedikit yang aku tukar. Campur sekali dengan minyak hitam, kena dalam RM500. Takpe, pelan-pelan. Nampak macam banyak belanja tapi mungkin untuk jangka panjang boleh dijimatkan.
Selain itu aku juga merancang untuk upgrade.
1) Cover meter
- Cover meter dah kabur. Pedometer pun tak gerak jadi aku kena tukar tu. Aku dapat info salah seorang kenalan memang tahu modified motosikal Kriss ni. Aku survey-survey kat internet. Nampak Kriss 2 Meter Assy. Siap sekali dengan Pedometer. Cuma harga berbeza-beza kat Internet ni.
Ada RM50 dan ada RM100. Tapi takpelah, kalau kat kedai aku boleh anggar harga dalam RM1++ dan tak lebih RM150.
2) Eksoz Kris
- Rasanya ini perancangan akan datang. Kalau tengok masih ok lagi eksoz ni cuma dah ada karat sikit. Mungkin elok ganti baru yang standard. Nampak kat internet harga sekitar RM150.
3) Sprocket
- Ikutkan tak pernah ganti-ganti pun Sprocket ni sejak guna. Kena tengok semula supaya takde masalah di kemudian hari.
Sprocket ni penting bagi memastikan kelancaran pergerakan motosikal. Kalau gerigi dia dah tumpul nanti payah pula penukaran gear sekaligus boleh menyebabkan tersangkut pula.
Itu sedikit perancangan tapi kena siapkan modal je dulu. Kalau tak, memang tak buat la..
Aku tau ramai dari kalangan korang yang memang kaki motosikal ni dan memang tak main Kriss ni. Almaklumlah motosikal Kriss ni layak untuk yang dah masuk 40-an dan yang bawa slow je.
Korang mungkin bawa YSuku atau RS yang 150cc tu. Takpelah. Ini je yang mampu untuk diriku. Apapun selamat ride semua. Kalau ada geng Kriss bolehlah hallo kat ruangan komen. Mungkin boleh kongsi sedikit maklumat mengenai motosikal jenama tempatan ni…
Untuk melihat Produk terbaharu Modenas sila ke laman web https://modenas.my/
p/s : Cerita pasal motosikal Modenas ni harap-harap pihak Modenas terbaca blog ni.. Boleh minta diorang modified Kriss ku tu..
guna motosikal sangat praktikal..
amat menjimatkan dan sudah pasti jimat masa kerana motosikal tidak akan menghadapi jalan jammed seteruk kereta..
tahniah bro dan welcome to Ride Club hehehe