cable spiral wrapping band

Spiral Wrapping Band @ Pembalut Kabel Berlingkar ?

Entri kedua aku dalam blog ini. ENTRI yang akan ku kongsi sikit tentang apa yang sedang ku buat. Korang baca tajuk atas ni, apebenda agaknya spiral wrapping band atau pembalut kabel berlingkar ni?

Aku sebenarnya tak tau apa namanya dalam bahasa Melayu. Selepas bertanya dalam facebook, ada rakan yang memberikan idea sebagai pembalut kabel berlingkar . Korang tengok dulu gambar kat bawah ni dulu

cable spiral wrapping band
Pembalut Kabel Berlingkar

Untuk apa barang bergulung-gulung ni? Inilah peralatan yang akan digunakan untuk membalut wayar-wayar yang berselirat terutama yang disambungkan kepada komputer.

Korang takde idea lagi apa benda ni? Tengok kat youtube pula ye.

Benda pembalut ini Aku beli dari kedai Mr DIY di Jaya Jusco Melaka. Harga yang aku beli ketika itu adalah RM6.80 . Panjangnya aku tak ingat cuma rasanya lebih dari 1 meter dan mempunyai ‘clamp’ untuk memudahkan kemasukan wayar tersebut. Kalau ikut pengiraan, mungkin memerlukan 40 pembalut kabel bagi mencantikkan lagi pemasangan wayar-wayar di pejabat.

Memanglah ianya mampu menjadikan lebih professional namun yang sedikit menggusarkan sebab nak cari kabel ini bukanlah semudah mencari kabel ‘tight’. Tapi aku cuba juga mencari dengan bantuan rakan-rakan yang memiliki kedai komputer. Mungkin harga lebih baik boleh dicari oleh mereka.

Kenapa aku nak kena beli ni? Selain dari arahan BOSS, ianya adalah untuk persediaan persijilan EKSA. Apa itu EKSA? EKSA itu adalah acronym bagi Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Aku malas nak terang detail, kalau korang nak tau boleh terus je ke laman web MAMPU . Senang cerita, EKSA ni adalah untuk menjadikan pejabat lebih menarik dan professional. Kalau dulu pakai sistem 5S tapi pihak MAMPU dah ambil alih unutk menukar kepada EKSA yang lebih teratur. Takde lagi label-label petak yang agak kelakar tu.

Selain itu, aku juga sedang mencari idea untuk meningkatkan lagi signal ‘UNIFI’ di pejabat ni. Memang signal dia agak rendah walaupun luas pejabat tidak besar mana. Cadangan boss adalah menggunakan Repeater. Aku ada jumpa TP Link Range Extender kat kedai komputer Stygix kat Bukit Beruang. Harga kalau tak silap dalam RM70 lebih. Tapi aku tak sambar dulu sebab takut nanti tak menjadi pula. Pertanyaan demi pertanyaan memberikan confident level yang tinggi untuk menggunakannya. Aku tak berani nak beli dulu sebab kena pakai ‘petty cash’ jabatan. Kalau silap beli memang jahanam lah.

tp-link-range
TP Link Range Extender untuk memperkuatkan signal Wifi

Memang nampak canggih dan harap-harap lepas beli nanti, signal boleh sampai ke lokasi pegawai yang banyak komplen ni. Kalau tidak memang tak berbaloi le aku survey ni.

 

 

2 thoughts on “Spiral Wrapping Band @ Pembalut Kabel Berlingkar ?

  1. Ha..pernah nampak benda alah ni kat IKEA. tak la semak serabut nampak wayar pc dan charger handphone? lagipun kekemasan pun salah satu elemen HSE kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *