Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Kalau korang follow aku, mungkin tahu pasal Homestay di Taman Maju, Jasin.
Bila perhatikan, agak kureng pengunjung meskipun dah 2 bulan aku daftarkan di Booking.com dan bulan lepas dalam AirBnb. Masih belum mencapai tahap impian 10 hari tempahan setiap bulan namun aku tak berputus asa. Aku tetap juga cuba mencari jalan untuk menjadikan KPI itu terlaksana sedikit masa lagi.
Aku juga tengok rumah yang kujadikan homestay ni agak kusam . Gambar di hadapan rumah ternampak kulat. Mula-mula cuba nak photoshop tapi tak mampu pula. Jadi jalan terbaik adalah cat je dinding tu.
Mula-mula ingatkan nak guna duit modal dari sewaan orang sebelum ni tapi agak bernasib baik bila ada lebihan cat di rumah aku dan rumah mak.
Jadi ku bawa dan ku bantaikan buat sendiri. Memang bukan tugas yang mudah apatah lagi aku bukanlah seorang yang mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang ni.
Tapi ku gagahkan juga meskipun hasilnya ada kekurangannya. Takpelah, kurang-kurang dapat jimat dari upah orang lain. Kalau upah orang silap-silap mau beratus juga ni.
Mungkin tak secantik kualiti pengecat profesional tapi bolehlah dipandang mata. Dapat menutup kekurangan sebelum ni.
Jujurnya aku dah buat terbaik untuk 2 dinding cuma yang terakhir tu agak goyah. Apatah lagi takde tangga maka ada selekeh sikit. Apapun dalam gambar mungkin tak berapa jelas dan diharap ia tidak menganggu tumpuan mereka yang ingin mencari homestay di kawasan Melaka ni.

Korang tengok la hasilnya.. Jangan kutuk ye..

Peralatan mengecat serta catnya sekali

Warna asal. Nak tutup yang kulat tu… Agak mencabar sebab ada simen terpecah

Cat warna hijau dari Dulux

Cantik juga.. Cuma ada selekeh sikit sebelah tepi dan bawah.
Cat belah tepi pula
Cat warna kuning pula//
Selesai sudah cat di luar. Kalau gambar ni tak berapa nampak selekeh kan?
Kepada yang mencari Homestay Di Melaka bolehlah tempah di Booking.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.