Surat dari orang awam

Assalamualaikum semua… Hari ni agak sejuk sedikit.. Apa taknya semalam meredah hujan dengan motosikal .. Jadi kesannya masih terasa lagi… Ada perkara menarik pada hari ini iaitu pejabat saya menerima satu nukilan dari orang awam yang berbangsa Cina.. Mungkin ada bait-bait perkataan yang sukar difahami tapi apahal pun kita renungkan bersama..

” Kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia kamu. Hidup ini sebagai ujian untuk hari kemudian. Iman itu bukaniah dengan cita-cita dan angan-angan tetapi iman itu apa yang tetap di hati dah dibuktikan sebenarnya dengan perbuatan”

” Kita mestilah saling berkasih sayang, bertolak ansur dan bersikap terbuka terhadap pandangan orang lain serta memberi ruang untuk pihak lain pandangan kita, seterusnya berbincang secara harmoni dan mengamalkan konsep ‘perbincangan yang membina’ perbincangan secara lembut, bersangka baik dan mesra adalah satu jalan untuk mendapatkan kata sepakat’

” Sebagai sebatang pokok yang baik, pangkalnya tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit”

” Dan tuntutiah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Tuhan kepadamu akan pahala kebahagiaan akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari duri “

Secara jujurnya saya sendiri kurang paham.. Tapi sedikit kekaguman atas kemampuan beliau menulis dalam beberapa minit.. Rasanya orang Melayu pun tak pandai menulis macam ni… So renung-renungkan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *