Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Seperti yang pernah diceritakan sebelum ini ketika berkursus di INTAN Kluang saya telah diberikan tajuk pengucapan awam. Berikut merupakan draft yang konon-kononnya ingin dipersembahkan..
Nak baca ker?? Klik bawah

” Terima kasih tuan/pengerusi majlis, Yang Mulia — Pengurus Program Kursus Induksi Bil 5/2008, Yang Berbahagia —- Penghulu Program, barisan ahli jawatankuasa dan rakan-rakan sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Kini tiba giliran saya Zool— untuk membentangkan pengucapan awam yang bertajuk ‘ Media Cetak Pemangkin Masalah Sosial’.
Apa itu media cetak? Saya yakin anda semua mengetahui apa itu media cetak. Dan sebagai seorang penjawat awam sudah semestinya anda sering membaca suratkhabar, majalah-majalah, buku-buku, risalah dan sebagainya.
Disebabkan tempoh 5 minit sahaja saya akan menyampaikan isi seringkas yang boleh. Dalam tajuk ini saya akan memfokus 2 isi penting bagi menyokong pernyataan di atas.

1. Media cetak banyak memaparkan bahan-bahan yang boleh dipertikaikan kesahihannya. Cerita-cerita mengenai gosip artis, fitnah memfitnah menjadi agenda utama dalam penghasilan artikel-artikel di paparan media. Kisah-kisah yang dijaja ini memberi impak negatif terhadap masalah sosial di negara kita. Gejala fitnah memfitnah menjadi ‘trend’ sehingga ia mampu meruntuhkan perpaduan antara satu sama lain. Perselisihan yang kecil mampu menjadi lebih besar dan akan menimbulkan berbagai konflik sesama kita.

2. Kita pergi ke isi yang kedua, media cetak menjadi alat mempromosi masalah sosial. Kenapa saya berkata begitu? Cuba anda pergi ke kedai-kedai jual suratkhabar dan majalah. Perhatikan betapa banyaknya majalah yang mengeksploitasi anatomu manusia samada perempuan mahupun lelaki untuk keuntungan. Tidak terfikirkah mereka bahawa cara itu sedikit sebanyak akan meruntuhkan akhlak masyarakat kita.

Kesimpulannya, media cetak menjadi pemangkin meningkatnya masalah sosial di negara kita akibat sifat yang rakus dengan keuntungan semata-mata. Jika tidak dibendung ianya mampu meruntuhkan negara sekaligus merosakkan perancangan ke arah negara maju. Akhir kata :-
‘ Ada mata pandang,
Ada telinga dengar
Ada mulut bercakap
Ada otak… Lu pklah sendiri..
Assalamualaikum”

Pergh.. Amacam pengucapan ni?? Ok tak.. Sebenarnya pada hari berlangsungnya pengucapan awam banyak kesilapan yang dilakukan ,.. Perkara yang dirancang tidak menjadi.. Insyaallah saya akan berkongsi kesilapan tersebut agar menjadi panduan anda semua..

Sambil tu anda juga boleh memberi pendapat tentang tajuk tersebut samada menyokong atau tidak sambil memberikan pernyataan bagi menyokong pendapat anda…

Aku ada juga buat video untuk bercakap depan kamera..

Cuba tengok ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.