Ujian Menaip , Install Ubuntu, Idea Sistem Undi Rawak

Minggu ini tiada banyak cerita yang boleh aku kongsikan. Tapi walaupun takde banyak, aku tetap tulis juga agar blog ini tak berhabuk.
Minggu yang lalu aku pergi kenduri kahwin sedara belah isteri di Taman Selat Damai, Klang. First time la ke sana tapi nasib baik zaman sekarang ni ada app kat handphone.
Jadi senang sikit nak terus ke sana. Ikut je arahan, dan dalam 2 jam setengah sampai ke destinasi. Naik kereta Viva isteri, cuma yang tak sedap bila aircond tak terasa. Memang berpeluh juga aku nak mengadap jalan tu.
Anak pun apa lagi merengek la juga. Tak sempat nak jumpa kengkawan kat sebelah sana. Almaklumlah pergi balik hari. Tu pun sampai rumah dekat pukul 4.30.

Ooo ye, minggu sebelumnya ada kematian jiran di depan rumah bapaku. Mantan Imam Masjid Kesang Luar yang telah meninggal dunia selepas cuti Hari Raya Aidiladha tempohari.
Teringat kenangan masa kecil ketika arwah masih meniaga kedai makan. Dia selalu juga mengusik aku. Tak silap dah hampir 10 tahun rasanya arwah sakit. Masa sihat dulu memang tetiap hari boleh nampak dia membawa motosikal untuk ke kedai.
Dapatlah aku memberi penghormatan terakhir dengan solat Jenazah. Semoga rohnya tenang di tempatkan di kalangan orang beriman.

Dalam minggu ini aktiviti yang agak besar bagi diriku adalah mengadakan ujian menaip untuk mereka yang berminat untuk perkhidmatan kemasukan data bagi pejabatku.
Ada lebih kurang 14 orang dari 30 orang yang telah di call. Dan kebanyakan yang hadir adalah terdiri dari wanita. Memang ada pelbagai perangai. Ada yang senyap, ada yang peramah dan ada yang kaki komplen.

Ujian menaip oleh calon untuk perkhidmatan pengisian data
Ujian menaip oleh calon untuk perkhidmatan pengisian data

Memang mencabar juga sebab programmer tengah bercuti kahwin. Maka aku terpaksa mensetup PC berseorangan. Dengan push dari boss yang menekan namun akhirnya berjaya juga. Mungkin 3 Oktober ni nanti 5 orang terpilih akan masuk ke opis.

Oo ye, 2 PC aku install Ubuntu memandangkan PC tersebut lama. Apa itu Ubuntu? Mungkin ada yang buntu membacanya. Ianya adalah sistem Operasi Linux yang mana ianya percuma. Tidak seperti Microsoft Windows yang kita perlu bayar untuk dapatkan lesen.

ubuntu
Walaupun mengalami kesukaran namun aku bertekad untuk belajar mengenai Ubuntu ni. Kalau ikutkan dah lama nak belajar tapi tak terbuat-buat juga. Inshallah sekarang ni nak cari duit nak beli laptop/PC guna Ubuntu. Tapi kalau boleh nak cuba optimumkan ilmu pasal affiliate dan gunakan pendapatan dari affiliate bagi beli laptop.
Harap-harap ia boleh menjadi motivasiku untuk terus bermain dalam industri blog dan affiliate ni. Inshallah.

Okay, dalam minggu ini juga boss mencadangkan untuk buat satu app mengenai cabutan undi rumah. Aku bukanlah programmer tapi idea ni dah ku fikirkan dari tahun lepas lagi. Tapi masih tak terbuat juga.. Melihat kepada lambakan app yang berkaitan aku rasa ada potensi untuk membangunkan app/sistem. Cuma kekangan dari segi kepakaran dan skill yang masih menghantui diri ini.
Inshallah aku akan cuba belajar lagi dan tak mustahil ada satu inovasi dariku pada tahun ini. AMIN.

Ooo ye, bagi kaki lari yang mungkin pembaca blog ini, aku mensarankan korang tengok artikel blog aku yang lagi satu ni. Mengenai Pek Hydrasi yang berguna untuk anda. Ooo ye, pek Hydrasi ini juga sesuai untuk orang yang gemarkan aktiviti luar.
okay cukuplah serba sedikit cerita minggu ini dan minggu lepas. Semoga aku mempunyai kekuatan untuk menambahkan artikel-artikel yang berguna untuk korang semua. AMIN.

7 thoughts on “Ujian Menaip , Install Ubuntu, Idea Sistem Undi Rawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.