Assalamualaikum dan salam sejahtera

Merdeka! Merdeka! Merdeka

Laungan yang sering diucapkan di bulan Ogos. Apatah lagi ketika berada di lokasi perarakan kemerdekaan. Seperti biasa bila masuk 31 Ogos aku akan menyertai perarakan kemerdekaan .Ikutkan dah lebih 10 tahun aku ikut perbarisan kemerdekaan ni.

Tahun ini ada perubahan lokasi, jika kebiasannya laluan dari Dataran Pahlawan ke Stadium Hang Tuah tapi tahun ini diubah dari Dataran Pahlawan ke tapak lama Eye On Melaka. Memandangkan lokasi berbeza maka tempat nak naik bas juga berbeza. Aku memang kena buat ‘study’ pada lokasi kali ini. Ye lah, kalau nak sampai ke lokasi bas aku kena cari masjid berhampiran. Dan masjid Limbongan menjadi lokasi untuk menunaikan solat subuh.

Terus ke hari kejadian, aku tiba di masjid kira-kira jam 5.30 pagi. Dan Azan Subuh jam 5.58 pagi. Selesai azan dalam 6.01 pagi dan mula solat jam 6.13 pagi. Selesai solat jemaah jam 6.24 pagi dan aku terus menuju ke lokasi bas menunggu di Kota Syahbandar dalam 6.34 pagi. Kalau hari raptai aku yang pertama tapi kali ini dah ramai juga dalam bas. Bergerak menuju ke Dataran Pahlawan jam 7.00 pagi.

Persembahan paling menarik pasti acara terjun dari pihak TUDM dan Bomba. Ramai yang terlibat dalam perarakan ni.

Aku sebenarnya dalam keadaan kurang sihat. Ada selsema sikit tapi layankan aje. Awal-awal ada hujan renyai sikit tapi alhamdulillah perjalanan dalam cuaca yang baik. Tidak panas sangat dan tidak hujan.

Ini sedikit sebanyak gambar yang aku terlibat..

Di Hari Raptai. Baru tiba dan sarapan

Ni waktu raptai. Smart kan baju. Tapi berpeluh kat dalam woo.. Panas

Macam biasa, mesti kena bergambar la kan

Ini hari kejadian. Aku tak banyak gambar sangat kali ni.. Tapi korang boleh tengok video kat bawah ni

Merdeka! Merdeka! Merdeka..

One Reply to “Raptai dan Perbarisan Perarakan Kemerdekaan 2025”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.