Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Alhamdulillah setelah berusaha selama 600 hari , akhirnya channel Youtube Zoolzarizi berjaya mencapai milestone iaitu layak menyertai Youtube Partner Program. Apakah itu Youtube Partner Program ? Itulah penanda aras bagi channel mendapat kelayakan dianugerahkan untuk menjana pendapatan melalui Youtube dan juga mendapat beberapa kelebihan dalam Youtube. Kiranya ada level pertama untuk ke peringkat seterusnya.

Memang bukan satu tanggungjawab mudah untuk mendapat ke peringkat ini apatah lagi kita hanya insan biasa sahaja. Tetapi kejayaan ini juga bukan bermakna telah berjaya, masih jauh lagi untuk mendapat antara tujuan ke YOutube iaitu mendapat duit. Youtube tidak membayar Youtuber sebaliknya duit yang diterima akan diserahkan kepada Google Adsense. Syarat adsense adalah perlu mendapat sekurang-kurangnya US100 (terkumpul) sebelum dapat dikeluarkan. Memandangkan angka tersebut juga belum dapat disampai maka kenalah tunggu.

Apapun mungkin korang yang tertinggal, boleh tonton video mengenai kejayaan mendapat Youtube Partner Program ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.