projek

Antara Blogger dan Youtuber

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Korang mesti tau yang aku kini telah mula menceburi bidang Youtuber. Salah satu cabang yang kini dikenali sebagai ‘content creator’.
Ye, cabang ini sedikit berbeza kerana Youtuber memerlukan keberanian untuk menebalkan muka berbanding blogger yang hanya perlu ku menaip dan menampal sahaja.
Menjadi Youtuber kena beranikan diri menonjolkan diri meskipun sudah tiada gigi. Aku dapati ada persamaan antara zaman aku mula-mula blogger dulu dan kini berada dalam lapangan Youtuber ni.
Kebanyakan dari mereka yang masuk ke lapangan ini cuba untuk mencari duit. Pelbagai cerita yang digunakan untuk menarik perhatian. Samada menggunakan originaliti konten sendiri atau menciplak terus idea orang lain.
AKu tak nak cerita pasal BETUL atau SALAH sebab masing-masing punya cara. Tetapi ramai yang nampaknya terlalu GHAIRAH hingga tiada arah tujuan sebab menceburi bidang ini.
Aku berkongsi ni sebab rasanya pusingan Youtuber ni mungkin akan sama seperti yang ku hadapi dalam lapangan Blogger ini.Apakah itu?

1) Mengikut salah satu group Facebook terdapat 47K members. Walaupun aku tak yakin semuanya adalah Youtuber tapi mungkin 40K adalah mereka yang dalam atau ingin menjadi Youtuber. Bukankah ia satu angka yang tinggi?
Group ini adalah fokus untuk mencari Subscriber. Bayangkan terlalu ramai dan banyak konten yang dihasilkan oleh Youtuber-youtuber ini yang ingin dipromosikan. Oo ye, kalau sesiapa blogger mungkin ingat tentang kaedah ping blog macan Sahabat Blogger, Geng Blogger dan sebagainya.
Begitu juga Youtuber juga ada komuniti masing-masing. Macam-macam peel dalam komuniti tersebut seperti juga zaman blogger dulu.

2) Tak banyak Youtuber yang mampu menjadi power. Aku lihat memang ramai Youtuber yang berjaya melepasi angka untuk dapat income tapi ada yang kena tahan dan sebagainya. Ini juga berlaku di zaman blogger dulu. Aku pun salah seorang blogger yang tak pergi jauh tapi yang peliknya aku masih menaip meskipun tahap level cap ayam. Heheheheh

3) Adsense. Banyak youtuber yang terlalu mengejar adsense. Berbeza dengan blog yang tiada syarat minimun, Youtube mempunyai guidelines 1000 subscriber dan 4000 jam tontonan sebagai had minimum. Memang cabaran untuk mencapai ke tahap tu bukan mudah. Dengan persaingan puluh ribu Youtuber tu pasti ramai yang tersungkur.
Buat masa ni aku belum capai lagi tahap untuk lepas Youtube Adsense. Aku tak pasti samada kalau lepas syarat tu perlu atau tidak aku apply Adsense baharu . Tengok je la camne nanti.

4) Konten takde view. Macam juga blog, isu Youtuber tetap sama. Aku pun hadapi situasi sama macam kat blog cumanya Youtube ni dia ada rekomen awal-awal untuk pengunjung lain. Jadi kadang-kadang dapatlah juga pengunjung. Kalau blog ni payah sikit.

5) Permainan SEO. Macam blog, SEO juga memainkan peranan penting dalam Youtube. Kena pandai guna Keyword yang sesuai. Cumanya dalam Youtube ada Thumbnail dan kepentingan untuk mendapatkan impression pada penonton. Kalau blog ni, emosi kita tak perlu nak ditonjolkan sangat.

Okay itu serba sedikit apa yang aku boleh kongsikan. Secara peribadi aku merasakan bahawa dalam tempoh 5 tahun lagi ramai Youtuber yang beria-ia sekarang ni akan berkubur. Sebab apa? Kebanyakan terlalu mengejar wang tanpa menjadikan ianya sebagai minat.
Selain itu pada 5 tahun akan datang mungkin medium lain yang akan menguasai dunia media ini. Apa dia? Aku pun tak tahu..

Harap korang semua bantulah aku, tengok dua channel yang aku buat ni

https://www.youtube.com/user/ligakampung/

https://www.youtube.com/channel/UC4YaifhERPhcV_34HB_ZPnQ/

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.