Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Nampaknya selepas 6 tahun pejabat aku akan bertukar Pengarah Eksekutif. Secara amnya, tiada perubahan besar memandangkan boss baharu adalah orang lama di pejabat ini. Aku juga bersama-samanya dari mula Lembaga Perumahan Melaka berdikari. Memiliki pengalaman dengan 5 orang Pengarah sebelum ini. Alhamdulillah rezekinya dapat naik ke peringkat yang lebih tinggi.

Berubah boss memang perkara biasa bagi mana-mana organisasi pun. Aku yang berada dalam organisasi badan berkanun ini juga perlu berhadapan situasi ini. Kalau ikutkan, boss sebelum ini merupakan Pengarah paling lama yang berkhidmat di pejabat ku ini. Biasalah ada pro dan kontra mana-mana boss pun bila memegang tampuk pemerintahan. Pasti ada yang kita suka dan sebaliknya. Aku pun ada juga benda yang kita suka dan tidak. Tapi tak bolehlah cerita yang negatif pada umum sebaliknya cerita positif yang perlu disebarkan.

Secara jujurnya, boss bernama Datuk Saleh bin Mohd Dom ini membawa banyak perubahan dalam organisasi Lembaga Perumahan Melaka. Antaranya :-

  1. Satu-satunya boss yang berjaya memberikan bonus kepada kakitangannya. Tapi nak mendapatkan bonus tu bukan mudah sebab kakitangan perlu mengikut rentaknya yang inginkan benda yang cepat. Termasuklah unit aku..
  2. Menyebabkan jabatan mampu mengadakan Team Building secara tahunan di luar Melaka. Sebelum ini tak pernah pun ada Pengarah mampu mengadakan Team Building malahan jabatan lain pun kebanyakan kalau buat pun dekat Melaka. Tahun ni satu kakitangan mengadakan program Team Building di Sabah . Gila jauhkan? Bukan senang tu dengan pengiraan kos-kos yang tinggi. Tapi dapat juga dilaksanakan. Ia pasti menjadi pengalaman beberapa orang yang tak pernah naik kapal terbang. OOO ye, aku juga pertama kali naik kapal terbang ketika SUKMA Sarawak pada 2016. Jadi ada pengalaman yang diberikan kepadaku.
  3. Boss ni adalah lepasan IT dan memang banyak benda berkaitan IT menjadi ikutan. Penat juga nak mencari tapi itulah kaedahnya. Menggunakan beberapa peralatan terkini yang aku pun tak ambil tahu sebelum ini..
  4. Berborak dengan kakitangan. Meskipun dia seorang Pengarah tapi dia boleh juga bergurau dengan kakitangan. Meskipun dia orang yang tegas tapi kalau masa kursus atau Team Building boleh je dia campur kitorang. Aku pernah bersama satu kumpulan ketika Team Building di Kem Sungai Congkak dan di Sabah. Memang ada sedikit kesukaran untuk jadi kreatif tapi dia boleh bersama.
  5. Lawatan. Boss ni memang suka mengadakan lawatan untuk mencari idea-idea baharu. Bukan selalu dapat boss yang nak membawa kita berjalan kan.
  6. Memenangi pertandingan inovasi. Ada 2 kali jabatan menang anugerah inovasi peringkat kerajaan negeri Melaka dan satu berjaya mendapat tempat kedua . Yang tempat kedua tu aku terlibat secara langsung dan sedikit bangga.

Okay cukuplah serba sedikit. Memang ada yang tidak puas hati ketika perkhidmatan tapi pada aku ini adalah rencam organisasi. Aku harapkan boss yang baharu ini akan lebih baik bagi meningkatkan organisasi ini.

Terima kasih Datuk Saleh bin Mohd Dom. Andai terbaca entri ini..

Ketika di Sabah
Ketika aktiviti berkumpulan di Team Building di Sabah
Menerima Sijil daripada Pengarah
Bergambar di Hong Kong
Tempat kedua pertandingan Logo KSK LPM
hdb-singapore
Lawatan ke HDB Singapura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.