Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Minggu ini nampaknya Ramadhan 1438 H menjemput kita. Aku pun tak berapa ada idea nak tulis.
Apapun, pada hari Sabtu lepas (27.5.2017) kita telahpun memulakan Ramadhan pertama untuk tahun 2017 ini.
Macam biasa, bila masuk Ramadhan mesti ada azam nak jadi lebih baik dari tahun yang lepas kan? Inshallah azam tu perlu kita tanamkan.
Samada ianya berjaya atau tidak ia bergantung kepada usaha dan juga kehendak dari Allah. Tapi kalau tak usaha tak boleh jugakan.

Aku rasa ramai yang bercerita tentang terawih tapi untuk kali ini aku malas nak bercerita. Aku masih mencari idea untuk memajukan diri dari segenap segi.
Oo ye, ada juga cerita pada minggu lepas di mana akaun bank CIMB aku dapat status ‘dormant’. Memandangkan ianya bukan akaun personal adalah kaedah lain yang perlu digunakan.
Nak cerita panjang pun tak boleh kot. Nanti macam-macam tercerita pula nanti.

Bila cerita tentang Ramadhan biasa orang akan bercerita tentang Pasar Ramadhan atau ringkasnya PARAM. Sekarang ni aku dan isteri sedang berusaha untuk mengelakkan dari pergi ke sana.
Ye lah, bila ke PARAM ni, bukan sahaja duit boleh berbelanja lebih dari hari biasa, ia juga mampu mengurangkan pahala yang sedia ada sikit. Nanti ternampak ‘bonjolan’ merata-rata pula.
Tak pasal-pasal je kan. Lagipun memang sekarang ni kami cuba untuk berjimat bagi persediaan _______ (rahsia).

Minggu lepas juga aku cuba bermain dengan facebook ads untuk page ‘Ligakampung’ . Nampak ada kesan dimana page yang sebelum ini hanya sekitar 30 like telah meningkat ke 3++ like.
Sekarang ni aku kena push dengan artikel dan entri-entri menarik bagi menaikkan lagi traffik ligakampung.com. Target aku lagi 2 tahun Ligakampung.com mampu bersaing dengan blog sukan lain dan aku mampu mengupah penulis sukan. Ye lah, takkan nak harap aku je yang tulis dan copy paste.
Mesti ada impian kan. Okay cukuplah setakat ini bebelan yang agak kucar kacir ni.
Korang kalau nak cuba cari duit raya, trylah meniaga Air Balang ni. Boleh masyuk tu.

One Reply to “Ramadhan 1438H menjelma lagi”

  1. masa berlalu dengan pantas… page fan page rasanya susah nak naik… nak kena run campaign barulah nak naik.. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.