10 tahun dalam arena blog

Hari ini tetiba je aku ada mood nak menulis blog lebih awal dari biasa. Yelah, kalau korang perasan, BLOG ini aku biasa mengeluarkan artikel pada hari Sabtu atau Ahad tapi kali ini awal minggu aku paparkan artikel dalam blog ini.
Kalau korang baca tajuk, mungkin dah dapat tangkap apa yang aku nak taip ni. Pejam celik dah hampir 10 tahun aku terlibat dalam arena blog ini. Secara rasmi aku memulakan blog yang guna DotCom berbayar pada bulan Jun 2007. Eh, silap kira dah 11 tahun rupanya aku berkecimpung dalam dunia blog ni.


Kalau yang pernah FOLLOW, memula aku bertapak dengan blog Ligakampung.com. Blog itu aku tulis macam-macam cerita tapi cuma pada tahun lepas aku ambil keputusan menukar terus niche dari blog yang tiada fokus kepada blog sukan tempatan.
Memang mencabar sebab banyak artikel-artikel ‘CARI MAKAN’ yang terpaksa aku buang. Ada juga yang aku tarik ke sini tapi banyak yang terpaksa dibuang. Tapi takpe sebab aku ada matlamat kat blog Ligakampung tu. Korang yang minat pasal sukan tempatan bolehlah ke sana. Kalau nak sumbangkan artikel pun boleh juga.

Kalau diikutkan masa tu aku ada juga menulis beberapa blog seperti mangatoread.blogspot.com yang berkongsi link-link download terkini kartun manga. Tapi selepas mendapat amaran dari DMCA aku agak cuak dan terus menutup blog tersebut. Heheheheh. Kalau ikutkan dari blog Mangatoread tu dulu aku pernah merasa duit Google Adsense sebanyak 2 kali dalam setahun.
Tapi mungkin tak BERKAT pula hasil tu. Takpelah, boleh cari lain. Selain itu aku ada juga melepaskan blog niche kenderaan iaitu rear-wheel.com dan ohpemandu.com kira-kira 3 tahun yang lalu. Memang agak sukar nak meneruskan sebab aku pun tak mampu nak menghandle blog tu.

Berasa dalam arena blog ini banyak menemukan aku dengan ramai orang yang hebat terutama dalam online. Masa aku baru menceburi bidang ini, pemain blog seperti Amanz , Denaihati belum segah sekarang. Diorang pun pernah komen kat blog ligakampung.com satu masa dulu.
Agak popular juga Ligakampung.com masa tu sebab aku rajin singgah ke blog untuk tinggalkan komen. Tapi sayang , blog itu tidak terus meningkat. Apatah lagi dengan meningkatnya blog-blog remaja yang hensem atau cun sedikit demi sedikit blogger yang semakin berumur ini ditinggalkan. Tapi tak mengapa sebab korang masih sanggup baca sampai ayat ni. Kira handal juga aku dapat tarik korang kan.
Heheheheh.

Dalam bidang blog ni pun aku nampak ada yang masih KEKAL sehingga kini dan ramai yang meninggalkan profession ini. Aku antara blogger yang SEGAN tapi tak nak BERHENTI. Masih kekal dengan identiti menaip sesuka hati.
Dalam industri blog ini memang ada peluang jana pendapatan. Ada yang mampu menjadi sumber utama dan ada yang sampingan. Aku sendiri dapat sedikit sebanyak pendapatan dari blog ni. Banyak tu tidaklah tapi cukuplah sedikit sebanyak membayar duit domain dan hosting berbayar ni.
Tapi sekarang ni pun nampak beberapa syarikat mula mengendurkan diri. Mungkin masalah ekonomi sedikit sebanyak membelengu mereka juga. Tapi tak mengapa kerana masih ada banyak cara-cara lain untuk mendapat pendapatan. Ala, tak payah nak kejar sangat pun. Aku rasa kalau aku terlalu ingat pasal duit mungkin blog ni berkubur kot. Pelan-pelan kayuh je.

Bila nak menulis ni, konsistensi tu penting. Beza aku dengan 10 tahun dulu memang banyak. Kalau dulu, aku banyak meraban dan menulis bersandarkan EMOSI tapi kini aku lebih berhati-hati dan mencari peluang untuk mendekati pembaca. Itu koranglah yang masih kekal menatap artikel ini. Tanpa korang, takkan wujud blog Zoolzarizi.com ni. Nak harap adik beradik, sedara mara aku baca blog ni memang taklah.Dari aku bujang sampailah anak dah 2 tahun . Mungkinkah lagi 10 tahun mampu ku teruskan dalam industri ini. Wallahualam
Apapun aku nak ucapkan selamat berjaya kepada korang semua. Semoga kita sentiasa menemui kejayaan di dunia dan akhirat. Inshallah.

6 thoughts on “10 tahun dalam arena blog

  1. saya bermula penghujung tahun 2012…

    saya banyak blog yang bertukar-tukar..

    fikir balik macam buang masa pun ada..

    fikir dua kali…

    itulah cara berblogging.

  2. ASsalamualaikum Warahmatullah Saudara.

    Salam perkenalan. This first time i visiting this blog. Hope we get benefit for sharing each others.

    InsyaAllah.

    Starting menulis tahun 2009 till now.

    Terus je menulis sebab menulis blog sekarang boleh buat duit berterusan even dapat amount sikit tapi puas hati kot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *