Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ni motosikal EX5 arwah bapa telah diperbaiki. Kalau ikutkan motosikal ni tak berjalan sejak dari tahun 2017 dulu.
Motosikal ni nak cuba start sendiri. Mula-mula nak betulkan sendiri tapi tak jadi-jadi. Akhirnya kena juga hantar ke orang yang mahir.
Alhamdulillah dah berjaya pun men’start’ kan motosikal EX5 ni..

Tengok la kejap VLOG aku ni ye..

Bawa motosikal yang baru repair ni ada kelainan sikit. Ada sedikit ketidakstabilan di depan. Mungkin sebab ada barang kat depan tu. Fork ke apa ntah yang mungkin perlu diperbaiki oleh abang aku.

Aku harap motosikal ni nanti akan bergerak la sedikit sebanyak. Kurang-kurang kalau nak ke kedai runcit bolehlah digunakan. Lagipun motosikal ni memang ada sentimental value.

Jiran depan rumah siap datang bila nampak motosikal ni naik lori haritu. Dia ingat moto tu nak jual. Hehehehe. Aku mungkin tak jual tapi terpulanglah pada empunya motosikal tu sendiri.

Banyak kenangan motosikal ni, antaranya :-

  1. Arwah bapa pernah mengalami kemalangan menaiki motosikal tu. Dan masuk suratkhabar masa tu.. Boleh rujuk entri ni
  2. Tak silap, aku pernah bawa motosikal ni hantar adik perempuan aku balik ke sekolah di Sharifah Rodziah. First time bawa motosikal EX5 tu sejauh 50 kilometer (anggaran). Siap lalu jalan jauh tu. Masa tu takde GPS main redah je.. Hahhaha
  3. Motosikal ni juga banyak digunakan untuk aku jemput adik bongsuku balik dari Sekolahnya. Masa ni aku tanam anggur. Time tu takde Youtube macam sekarang. Kalau ada boleh juga aku jadi Youtuber time tu. Huhuh.
  4. Aku bawa motosikal ni pergi praktikal di Jasin. Ni aku ralat sebab masa tu arwah bapa terpaksa pakai motosikal buruk (RC ke Yamaha ntah).. Patut aku yang pakai moto buruk tu.. Memang buruk perangai rasanya..
  5. Tak silap, inilah satu-satunya motosikal baharu yang arwah bapa aku beli. Motosikal lain semuanya second hand. Bukan setakat motosikal, kereta pun biasanya yang second hand yang dibeli.( Tapi beli cash le).

Memang kenangan betul motosikal ni. Sekarang ni motosikal EX5 menjadi carian orang. Aku harap dapat dijaga sebaiknya oleh abang aku.

Cukuplah setakat tu.. Agak simple untuk ku bicarakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.