Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Beberapa hari lalu berlaku peristiwa yang agak mengejutkan dalam keluarga. Bapa saya mengalami kemalangan apabila terlanggar jentolak ketika menunggang motosikal di kawasan kampung. Kejadian yang berlaku pada hari Selasa jam 6.00 petang itu aktiviti mengecat rumah ditangguhkan.
Agak kelam kabut jugalah apabila adik memberitahu kemalangan tersebut. Sampai di Wad Kecemasan Hospital Jasin dalam keadaan tidak mandi dan berpakaian kerja sambil bersama ibu, adik dan anak buah. Sesampai disana ada rakan bapa yang juga wireman yang menukar kipas tempohari ada disana. Beliau menunjukkan kepada kami dimana bapa sedang dirawat.

Untuk masuk tidak dibenarkan tapi dapat juga menyelinap apabila YB Datuk Ghazalee, ADUN Rim menyelinap melihat rakannya. Bapa ketika itu sedang dijahit pada kepalanya dan tidak sedar pada waktu itu. Bercerita tentang kemalangan, dapat maklumat dari orang kampung yang bapa terlanggar jentolak yang bergerak perlahan ketika ingin ke warung berhampiran. Menurut mereka, bapa sedar pada waktu tersebut dan boleh beristighfar. Ada beberapa versi juga yang didengari namun yang penting adalah bapa selamat.
Alhamdulillah, setelah diperiksa dan di X-Ray, tiada kecederaan dalaman kepala setelah ditahan wad sehingga tengahari esoknya. Alhamdulillah bapa pun telah ‘discharge’ dan pulang ke rumah. Cuma perlu banyak berehat untuk mengembalikan kesihatan.

Ketika memulakan kerja, tiba-tiba menerima mesej ‘Whatsapp’ dalam Group Keluarga. Abang memberitahu yang kes bapa ini disiarkan dalam suratkhabar Harian Metro dalam ruangan Setempat.Berikut merupakan isikandungan berita tersebut

hmetro-bapa

Adohai, bila masa pula bapa saya jadi ‘Penghulu’ ? Bapa saya hanyalah mantan Sidang/ Ketua Kampung. Dan ayat utamanya juga tragis.  Penghulu’melayang’ atas jalan ? Memang ayat yang cukup tragis dan pasti mengundang kelam kabut bagi kaum keluarga lain.

Nasib baik keadaan bapa tak parah seperti yang dipaparkan dalam suratkhabar tersebut. Tapi itulah dia suratkhabar, main suka je tulis tanpa bertanyakan orang yang sebenarnya. Wallahulam.

Sekian

One Reply to “Fakta tidak tepat oleh Metro mengenai kemalangan bapa Zool”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.