projek santai

Bebaskan Diri Dengan Hutang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Bulan September ini aku mulakan dengan iltizam untuk membebaskan diri dengan hutang. Okay, untuk pengetahuan korang aku bukanlah individu yang berani berhutang tetapi hutang itu pasti.
Nak beli kereta mana mampu nak mengeluarkan wang tunai puluhan ribu. Alhamdulillah dah berjaya bebas meskipun hanya kereta Perodua MyVi sahaja.
Rumah masih ada lagi berbaki RM6+K (belum semak yang terkini) manakala ada satu lagi tambahan aset yang bakal menambah beban pada tahun hadapan.
Tapi takpe, beli rumah boleh menjadi aset di masa hadapan. Walaubagaimanapun untuk menyelesaikan diri dari belenggu hutang kena ada ILMU.
Banyak ilmu boleh kita dapat samada mendapat nasihat pakar, membaca, menonton rancangan kewangan dan sebagainya.

Bagi memastikan hutang-hutang dapat dikurangkan aku perlu belajar dan baru-baru ini aku mendapatkan ebook bertajuk ‘Bebaskan Diri Dengan Hutang‘.
Ebook ini dihasilkan oleh penulis yang cukup terkenal iaitu HM Tuah Iskandar al-Haj ( http://drtuah.com/ ).
Dalam ebook ini diberikan 17 bab dengan 124 muka surat dengan ayat-ayat yang santai dan mudah untuk difahami.

Berdasarkan pembacaan, ebook ini memang patut menjadi bacaan kita dengan beberapa contoh yang diberikan.
Kaedah yang diberikan juga mampu kita ikuti bagi menyelesaikan masalah hutang yang menjadi belenggu dalam kehidupan kita.
Dr HM Iskandar juga bukan sekadar berkata-kata tapi juga memberikan contoh tentang bagaimana dia sendiri menyelesaikan masalah hutang dengan cara yang ringkas.
Kisah-kisah hidupnya juga boleh dijadikan tauladan untuk kita semua..

Sebenarnya banyak yang boleh dipelajari dengan membaca ebook tersebut. Cerita panjang pun tak guna..
Baik klik sahaja banner di bawah ni…Inshallah kita mampu membebaskan diri dari belenggu hutang ini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.