Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Semalam seperti tahun-tahun yang sebelumnya aku menyertai perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri Melaka. Tema Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini adalah ‘ Negara Rahmah, Ummah Sejahtera ‘. Satu tema yang membawa makna kejayaan ummah melalui negara.

Macam biasa, perarakan bermula dari Stadium Hang Tuah ke Masjid Al Azim. Tahun ini aku menaiki kereta terus ke Stadium Hang Tuah. Berbeza dari tahun sebelumnya dimana aku akan menunggu van di Pejabat Pos Melaka. Tapi tahun ni sebab lepas perarakan nak terus ke rumah orang kahwin maka isteriku ikut sekali dengan anakku.

Nampak perarakan pada tahun ini kurang meriah berbanding tahun sebelumnya. Nampak kurang pengunjung hadir untuk menyaksikan perarakan ini. Mungkin ramai kurang tahu tentang perarakan atau mungkin ada ketentuan lain. Kontijen aku diletakkan di baris ke 10. Kiranya antara kontijen terawal yang berlepas dari Stadium Hang Tuah tu.

Perjalanan kira-kira 4 kilometer itu mengambil masa hampir 56 minit (mengikut catatan masa di jam Olike Neo). Memang nampak kurang penyertaan dan juga sambutan dalam perjalanan kami ni. Perjalanan bermula kira-kira jam 8.45 pagi selepas habis ucapan YAB Ketua Menteri Melaka ( tak pasti kenapa Gabenor Melaka tiada). Sampai ke Masjid Al Azim kira-kira jam 9.30 pagi dimana aku melayan makanan yang disediakan di khemah selepas sesi bergambar. Makanan kali ini tiada variasi dimana hanya makanan goreng sahaja disediakan. Hanya ada satu booth je yang meletakkan kuih karipap. Tapi takpelah, hentam je la..

First time aku melihat kontijen terakhir dalam jam 10.10 minit. Kira cepat juga majlis ni habis. Kalau ikut tahun lepas, memang jauh bezanya (Perarakan Maulidur Rasul 1440H) . Perjalanan juga kurang penat sebab waktu masih pagi dan mendung. Takde peluh yang melampau dikeluarkan dalam badan ini. Okay, berikut merupakan sedikit gambar yang sempat ku curi.

OOo ye, tahun ni pakai baju pink + purple…

Nampak hensem dan bergaya tak? Pakai kasut jogging tu
Bergambar mesti ada. Baru nampak bergaya
Dalam perjalanan di jambatan Hang Tuah. Nampak kepala je
Dah sampai pun kena ambil gambar ye
Selfie sebelum pergi berarak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.