Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Aku jarang-jarang melanggan dalam ASTRO First tapi hari ni aku melanggan filem bertajuk Butak.
Filem Butak ini merupakan arahan pengarah yang sering menang anugerah bagi telefilem iaitu Sabri Yunos.
Orang seusia aku mesti mengenali Sabri Yunos yang popular sekitar tahun 90-an dengan watak We Ismail Golok dalam rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Nama yang cukup masyhur pada ketika itu. Dan pada tahun terkini beliau popular pula dengan watak Pok Ya yang meletup di seluruh Malaysia.
Hebatnya beliau sehingga mendapat peluang mengarahkan filem hasil dari novel ‘ Buntat Mengembara ke Makkah’ karya Yahaya Awang. Boleh baca review kat blog ni (https://lamanperpustakaan.blogspot.com/2017/08/buku-buntat-mengembara-ke-makkah.html)

Filem Butak ini mengisahkan seorang budak yang digelar sebagai Buntat . Beliau merupakan seorang budak yang kehilangan ibunya yang meninggal di Makkah ketika menunaikan haji.
Meskipun mempunyai bapa namun datuk dan nenek mengambil keputusan untuk menjaganya. Meskipun dibesarkan dengan didikan agama namun Buntat menjadi seorang remaja yang nakal dan telah menyusahkan datuk dan neneknya.
Buntat mengambil keputusan untuk ke Makkah dengan menaiki kapal laut dan disitu bermulanya pengembaraan beliau.
Filem ini berlatarbelakang zaman 1968 iaitu mengambil latar di kawasan Batu Kurau dan Pulau Pinang. Jadi dialeknya adalah di kawasan tersebut.

Pada pendapat aku filem ini agak menarik disebabkan :-
1) Barisan pelakon yang cukup mantap. Meskipun bukan di kalangan pelakon komersial tapi kesemua menjalankan tugas dengan baik.
2) Prop yang cukup sempurna. Dianggarkan kegunaan pelakon tambahan mencecah ratusan orang. Ia bukan mudah untuk melakukan.
3) Sinematographi filem ini cukup baik. Warna dan pemandangan kawasan kampung memang cukup cantik.
4) Jalan cerita yang tidak berat dan mudah.
5) Dialek yang unik yang mungkin sedikit pelik bagi aku.
6) Teknik CGI untuk membuat kapal. Memang menarik sebab jarang digunakan oleh filem tempatan

Ada sedikit kelemahan dalam cerita ini dari segi
1) Transisi scene. Ada beberapa scene terlalu pendek dan menyebabkan tergantung.
2) Ada beberapa scene agak gegar. Sedikit menganggu
3) Penggunaan tajuk Butak tidak dijelaskan dalam filem ini.

Kepada korang yang dah tengok filem ni bolehlah tinggalkan sedikit komen di bawah ni.
Sambil tu boleh tengok trailer filem Butak ni

Untuk melanggan boleh ke Astro First atau ke website Astrogo
https://astrogo.astro.com.my/

** Jangan sesekali tengok di saluran yang salah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.