Memandangkan beberapa hari lagi akan ke Singapura maka aku ingat elok kalau buat artikel awal sikit. Mungkin dalam tempoh beberapa hari ni beberapa blog aku pun akan senyap juga. Tapi tak mengapalah, moga-moga ada sedikit sinar dalam hidupku. Eh, macam tak kena je ayat ni kan. Tak kisahlah, janji ada ayat.

Minggu ni aku cuba untuk belajar satu lagi bahasa framework pengaturcaraan PHP iaitu CakePHP. Memang teramat sukar untuk ku belajar ilmu pengaturcaraan dengan umur yang meningkat ni. Susah nak masuk apa yang dibaca tapi takpelah, usaha juga sedaya yang mampu. Mana tahu, dengan usaha ni mampu kuhasilkan satu sistem mudah yang boleh memberikan aku SESUATU.

programmer_creattica_full
Okay, sebelum aku masuk ke topik utama pejabatku juga menginginkan seorang pengaturcara. Ia bagi membantu kerja-kerjaku sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Memandangkan aku tidak mempunyai skill dan ilmu dalam pengaturcaraan, eloklah jawatan diisi oleh seorang lagi yang benar-benar berkebolehan. Mencari seseorang yang mempunyai ilmu dan skill dalam PHP dan MySQL bagi menyelesaikan beberapa masalah dalam sistem.

Kembali semula kepada tajuk iaitu bertemu pembangun sistem. Minggu ini dan minggu lepas ada 2 syarikat pembangun sistem memperkenalkan sistem mereka kepadaku. Pada hari Khamis yang lalu, pembangun sistem GATES IT Solution memperkenalkan sistem yang digunakan oleh Unit Perumahan Johor. Tak perlu aku cerita panjang tentang taklimat dan input yang diberikan sebab nanti pening pula korang nak pahamkan. Tapi kalau korang nak tengok hasilnya, korang boleh tengok erumah.johor.gov.my. Mungkin ada yang pernah gunakan sistem ini untuk beli rumah mampu milik kat Johor kot.

GATES-logo
Syarikat GATES Solution ini dikendalikan orang muda Malaysia. Kalau tak silap anggaranku mereka ini berumur dalam lingkungan 20-an atau awal 30an. Cukup hebat kerana mengendalikan sistem hingga bernilai jutaan ringgit. Cuma mungkin sekarang ni tak dapat bekerjasama sebab harga yang ditawarkan agak tinggi untuk jabatanKu yang tak berapa cukup bajetnya untuk IT. Biasalah, unit IT ni tak bawa duit…. Memang susah nak dapat peruntukan yang tinggi.

Syarikat kedua pula Ku temui syarikat STARTUP yang dibangunkan oleh 3 anak muda berusia awal 20-an. Sistemnya adalah mengenai sistem kaunter giliran atau dalam omputehnya ‘Queue Management System’. Apa yang menariknya sistem ni? Sistem ini menggunakan web-based dan juga applikasi smartphone. Korang boleh ambil nombor giliran dari handphone je. Boleh target pukul berapa nak sampai dan bila nak ambil giliran. Mudahkan? Tapi projek ni masih awal dan mungkin pejabatku akan bekerjasama dengan mereka.
Aku lihat ianya ada potensi untuk diketengahkan kalau kena caranya. Moga-moga mereka mampu dan cekal menempuh dugaan membangunkan sistem ni. Selain itu, aku korek juga sedikit info cara mereka dapat dana. Boleh aku aplikasikan untuk projek ‘Startup’ aku pula. Harap-harap aku pun mampu membuat startup pada tahun hadapan macam mereka ni walaupun umurku dah nak lepas taraf Belia.

qtix

OO ye, aku lupa nak bagitau nama syarikat ni. Ops, aku pun tak pasti nama syarikatnya cuma nama aplikasinya adalah Qtix Queue Management. Korang boleh try lawat website di http://qtixapp.com/ . Memang ada banyak lagi penambahbaikan yang perlu diorang lakukan. Aku akan membantu sedikit sebanyak untuk diorang memperbaiki proses sistem tersebut. Diharap mereka sanggup menerima ideaku ini.

Esok, cuti Maal Hijrah iaitu tahun baru Islam (Muharam) ataupun ‘Maal Hijrah’. Tahukah korang apa Tema Maal Hijrah 2015/ 1437H? Bagi korang yang tak tau, tahun ini Tema Maal Hijrah sama seperti tahun lepas iaitu ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara‘. Tema yang bagus memandangkan terdapat perpecahan dalam komuniti Umat Islam itu sendiri. Semoga tema ini dapat dijadikan panduan untuk kita bersatu padu antara satu sama lain.

tema maal hijrah 2013 1435H

Minggu ni ada kawanKu mengatakan yang aku ni rajin. Kalau ikutkan memanglah kembang lubang hidung ni tapi secara jujurnya, aku hanya rajin tapi tak cukup pandai. Memang aku banyak IDEA untuk melakukan sesuatu tetapi kekurangan dari segi kebijaksanaan lebih-lebih lagi dalam mencari ‘partner’ membantutkan banyak usahaku. Mungkin lepas ni aku kena lebih rajin mencari kawan yang sesuai untuk dibuat ‘partner’ bagi menjayakan ideaku.

Ada tak pembaca kat sini yang nak jadi ‘partner’ untuk membangunkan satu ‘STARTUP’ sistem? Nak cari yang bijak bercakap dan yang pandai programming. Aku cuba jadi Mastermind dalam merangka strategi syarikat. Hehehe. Angan-angan je dulu. Tak mustahil mampu kan?

4 Replies to “Bertemu pembangun sistem dan Salam Maal Hijrah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.