Minggu lepas ada beberapa perkara yang boleh ku jadikan sebagai cerita dalam blog ini. Pada minggu lepas jabatanku mengadakan ceramah AKPK yang diberikan oleh Ketua Unit AKPK Melaka, En Raju.
Korang tau ke apa itu AKPK? AKPK merupakan singkatan kepada Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit. Agensi ini merupakan agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.
3 objektif utama AKPK ialah :-
1) Pendidikan Kewangan
– Memberikan pendidikan kewangan tentang tanggungjawab penggunaan wang dan skill pengurusan kredit.
2) Kaunseling Kewangan
– Memberikan kaunseling dan nasihat berkenaan pengurusan kewangan
3) Program Pengurusan Kredit
– Program pengurusan kredit untuk membantu pengguna menguasai SEMULA kewangan mereka
Dalam ceramah itu banyak ilmu yang dapat kami pelajari terutama mengenai HUTANG. Bagaimana cara menyusun hutang dan kaedah terbaik untuk menguruskan kewangan.
Perkara yang dititikberatkan adalah MENABUNG. Menurut En Raju, tabung yang mencukupi adalah sekurang-kurangnya 6 bulan gaji. Memang nampak terlalu sukar tapi ia penting untuk kehidupan sekiranya berlaku perkara tidak diingini.
Beliau juga memberitahu tentang Program Pengurusan Kredit bagi mereka-mereka yang mengalami keberhutangan yang serius.
.
Mungkin untuk entri lain akan ku cuba kongsikan isu-isu yang diceritakan pada ceramah tempohari.
Selain itu pada hari Sabtu lalu seperti tahun-tahun sebelumnya, aku kena menyertai Maulidul Rasul 1438H Peringkat Negeri Melaka.
Permulaan dan penamat seperti tahun sebelumnya iaitu di Stadium Hang Tuah menuju ke Masjid Al-Azim, Melaka. Tiada apa yang menarik untuk diceritakan cuma pada tahun ini kurang kemeriahannya. Dekat permulaan di Jalan Hang Tuah pun orang yang melihat terlalu sedikit berbanding tahun sebelumnya.
Mungkin promosi atau masa waktu cuti sekolah menyebabkan tak ramai yang berada di kawasan berhampiran. Tapi apa-apa pun semoga kita mendapat manfaat dari tarikh kelahiran Rasullullah s.a.w dan bukan sekadar berselawat sahaja.
Okay, cukuplah entri kali ini yang serba ringkas ini. Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1438 H dengan tema ‘Ukhuwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah‘.

cun semua pakai baju melayu oren
baju sponsor.. memang cun..
dah takyah beli baju raya
tu dia.
warna oren semua yek.
yup.. baju sponsor camtule
saya cukup berminat kalau ada tips untuk cepat melangsaikan hutang..
sekarang musuh utama orang bekerja makan gaji dan bisnes ialah HUTANG..malah termasuk orang yang mengganggurpun banyak hutang..
bila dah banyak hutang bagaimana pula tabiat nak menabung untuk masa depan..
orang kerajaan pun ramai yang mengalami masalah keberhutangan serius…
memang kena belajar dan dapatkan ilmu