Berbuka di Restoran Sampan, Buat Video Ucapan Raya Unit, batuk dan Selsema Melanda

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Bertemu lagi selepas menyepikan diri untuk beberapa ketika. Agak blur sikit nak taip apa pada bulan Ramadhan ni. Tapi

Berbuka di Restoran Sampan – Stimbot dan Grill

Pada hari Khamis yang lalu seorang rakan opisku dengan baik hati telah membelanja kami untuk berbuka puasa di Restoran Sampan, Kota Fesyen. Korang tau kat mana? Kalau orang Melaka pun belum tentu tau kot. Tapi restoran ini pernah viral sedikit masa dulu.

restoran-sampan
Ianya menyajikan makanan biasa , grill dan stimbot. Aku ni memang tak reti sangat makan-makan jenis camtu tapi layan juga. Almaklumlah orang belanjakan. Kang tak pergi, terasa hati pula nanti. Memang banyak sekali makanan yang kita boleh ambil. Harganya?
Aku pun tak tau, korang bolehlah rujuk kat facebook diorang ni. Aku tukang makan je. Itu pun agak terbatas juga sebab anakku yang kecil baru dapat kaki dan sibuk nak berjalan.
Bila berjalan kena ikut, takut sekarang ni. Tapi biasalahkan. Lumrah membela anak kecil. Kenalah tahan. Jangan jadi macam kes kat Singapura tu . Anak sendiri baru 2 tahun pun nak dideranya. Wallahualam.

Batuk dan Selsema Melanda

Kalau pada entri yang lepas aku ada tulis pasal batuk yang melanda. Pada minggu ini selsema pula mengangguku. Tapi tak mengapalah, penyakit ni kan penghapus dosa. Mungkin banyak dosa-dosa kecilku yang perlu dihapuskan dan aku perlu menerima kesakitan ini dengan redha.
Aku juga telah mengambil MC pada hari ini (Isnin) sebabkan tidak tahan dengan batuk dan selsema ini. Memang aku jarang sekali ambil MC tapi tak mengapalah. Kalau datang opis pun asik ‘kol,kol’(bunyi batuk) je. Jadi eloklah aku ambil cuti sambil merehatkan badan yang terasa sakit ni.
Aku juga mula mengikut saranan memakan nanas dan banyakkan minum air suam. Diharap ianya tidak berlarutan hingga ke hari raya. Almaklumlah, nanti kalau hari raya pun batuk, pasti orang sekeliling tak selesakan. Lagi satu, harap-harap batuk dan selsemakan ini tak menjangkit pada anak kesayanganku pula tu.

Anak Berjalan di MITC

Pada pagi Sabtu juga, aku ke MITC. Isteri nak beli sikit barang raya untuk anak dan dirinya. Aku pun bawalah anak kecil kesayanganku tu. Aku pun tak tahan duduk lama-lama dalam MITC tu dan keluar.
Melayan anak kecilku berjalan dan ramai juga yang menegurnya. Hehehehe. Memang comel je tengok dia terhuyung hayang jalan ke depan belakang. Tapi itulah nikmatnya membesarkan anak kan? Alhamdulillah inilah harta yang paling berharga dalam hidup.

Budak kecil berjalan-jalan di ruang lobi MITC. Suka dia jalan sebab luas
Budak kecil berjalan-jalan di ruang lobi MITC. Suka dia jalan sebab luas

Memang nak menjaga si Fatih agak memenatkan. Ada je tempat dia nak berjalan. Yang lebih comel, dia nampak orang makan dan dia terus datang kat orang tu. Hahahha. Nasib baik dia tak rampas sotong kering kakak tu. Macam-macam peel kan?

Agih Bubur Lambuk

Pada hari Sabtu pula pejabat ada buat program agihan bubur lambuk bertempat di Masjid Peringgit. Aku pun terlibat sama. Walaupun pada waktu tu, hidungku telah bermula bunyi ‘srot,srot’ tapi ku gagahi juga atas tugas. Agak penat sebab datang awal pukul 3 tapi pengagihan lepas Asar. Lepas je Asar, kami pun mengagihkan 3 periuk bubur lambuk tu. Memang mengigil juga nak kena ikatkan tali rafia kat plastik bubur lambuk tu.

Time ni aku jadi pemerhati je.. Lepas tu penat lah nak mengikatnya
Time ni aku jadi pemerhati je.. Lepas tu penat lah nak mengikatnya

Alhamdulillah 3 periuk bubur lambuk itu berjaya dihabiskan dalam tempoh kurang dari sejam. Ini pengalaman menarik dan mungkin tahun depan akan ada lagi.

Bergambar kenangan dengan ahli jawatankuasa masjid
Bergambar kenangan dengan ahli jawatankuasa masjid

Buat Video Ucapan Hari Raya

Pada hari Jumaat yang lalu, aku beserta 2 kakitangan unit ICT Lembaga Perumahan Melaka membuat satu video ‘Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri’. Sebenarnya idea ini dicetuskan oleh Pembantu Tadbir unit ku.
Aku pun tak pernah terfikir nak buat video ucapan hari raya sebelum ini. Walaupun pada mulanya bercadang menggunakan kamera power dari programmer tapi dia tak bawa pula. Jadi terpaksalah pakai webcam Kamera Logitech.
Mula-mulanya aku gunakan Windows Movie Maker tapi geng-geng unit IT aku berjaya menggunakan VSDC Free Video Editor untuk kerja-kerja edit video tu. Dapatlah dia masukkan background belakang tu yang asalnya adalah layar papan putih.
Mungkin ada beberapa kelemahan dalam video ni. Almaklumlah, ini kali pertama kami merekod video dan pasti tak sempurnakan. Inshaallah akan datang akan cuba diperbaiki untuk pembaharuan yang dilakukan. Sambil-sambil tu korang tengoklah video ni ye.
Kiranya kami mengucapkan juga ucapan selamat hari raya untuk korang juga pembaca blog zoolzarizi.com walaupun ianya blog personal aku. Hehehe

Okay cukuplah setakat ini celotehku minggu ini. Harap-harap minggu depan ada cerita-cerita menarik yang boleh ku kongsikan bersama. Insha allah.

7 thoughts on “Berbuka di Restoran Sampan, Buat Video Ucapan Raya Unit, batuk dan Selsema Melanda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *