Cuba menjadi Youtuber

  • by



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Sekarang ni trend orang buat video untuk mencapai matlamat masing-masing. Ada nak jadi popular, nak jadi kaya, nak jual barang-barang, berkongsi ilmu dan sebagainya.
AKu juga tak terkecuali terpengaruh untuk melebarkan sayap di alam maya ni. Almaklumlah, bila tengok orang menjadi lebih hebat dengan Youtube maka aku pun perlu juga merebut peluang.
Kalau ikutkan bukan tak pernah buat video youtube tapi sebelum ni kebanyakan video agak suam-suam kuku. Jadi aku cuma’restart’ semula dengan memberikan penekanan terhadap topik-topik yang sesuai.
Bayangkan sebelum ni aku ada upload hampir 50 video dan semuanya telah ku padamkan bagi memastikan projek terbaharu ini lebih formal dan mampu menarik minat orang ramai untuk berterusan follow video ni.

Secara jujurnya bukanlah mudah. Mula-mula aku gunakan handphone Oppo A57 sebagai gajet untuk merakam video tapi ada isu storan pula. Buat satu video 2 minit dah dekat 400MB saiz video tu.
Ditambah pula dengan lokasi yang kurang menarik menyebabkan aku memikirkan kaedah lain. Kaedah kedua pula aku gunakan kamera digital Nikon Coolpix dan cuba buat di dalam bilik tidur.
Selepas publish, ada pula kekurangan dari segi pencahayaan. Yang ketiga pula aku buat lebih baik dengan meminta seorang rakan menjadi direktor. Menggunakan kamera DLSR D90 sebagai perakam video .
Dari segi pencahayaan dah ok cuma kekurangan dari segi suara dan persembahan diri ini. Takpe, proses pembelajaran tidak mudah namun aku dapati keberanian aku mula menjadi.
Ada sedikit kekok tapi takpe. Mana boleh terus pandai kan? Kena ambil sedikit masa juga untuk menjadi lebih baik/.. OO ye, korang boleh tengok video aku di Channel ni https://www.youtube.com/user/ligakampung.
Okay nama user tu masih ligakampung , malas nak tukar. Yang penting benda-benda asas dah tukar. Untuk channel ni aku dah buat beberapa perancangan untuk akan datang. Antaranya ialah :-

1) Buat interview dengan orang-orang berjaya di sekeliling. Aku rasa ini boleh meningkatkan video termasuk Subscriber , Like dan View. Kalau nak mengharap aku membebel mungkin sukar nak meningkat tapi kalau ada temuramah mungkin boleh jadi lebih.
Aku dah berhubung dengan beberapa orang dan ada yang dah bersetuju. Inshallah boleh jadi sedikit maju. Kalau dapat sponsor dari tokei kamera pun bagus juga sebab kamera sekarang ni mungkin kualitinya kurang..

2) Perancangan untuk mendapatkan peralatan yang lebih sempurna.. Memang kalau tengok kualiti video agak kureng berbanding orang lain. Almaklumlah pakai kamera yang biasa je. Tapi aku sebolehnya tak mau terlalu ghairah membeli peralatan buat masa ni. Aku cuba untuk mengarapkan video-video dahulu sebelum pergi lebih jauh.

3) Buat team. Yang ni aku perlu lakukan sebab buat kerja seorang diri memang susah nak pergi. Dengan ada team mungkin lebih cepat untuk lebih maju.

Okay itulah serba sedikit tulisanku untuk jadi youtuber. Korang jangan lupa pergi ke channel aku dan subscribe ye.. Aku sedang mencuba untuk mendapatkan 4,000 jam tontonan dan 1,000 subscriber. Ini antara syarat utama kalau nak dapat pendapatan dari Google Adsense ni..

#DariorangBiasaUntukOrangBiasaSupayaJadiLuarBiasa



Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.