Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Seperti biasa, awal tahun pejabat aku akan memulakan program Team Building dan kali ini perjalanan kami agak jauh. Iaitu di Kundasang Sabah.
Memang gempak tetapi ia memang bagus untuk memberikan pengalaman baharu buat diri ini dan juga rakan-rakan sepejabat. Lagipun sementara kewangan agensi kukuh, bolehlah melakukan perjalanan yang agak jauh.
Kami bergerak dari pejabat pada pagi Khamis di KLIA iaitu kapal terbang berlepas jam 7.00 pagi. Memang satu pengalaman baharu sebab kali ini rombongan yang cukup ramai menaiki kapal terbang. Menaiki kapal terbang Malindo Air dan tiba ke Kundasang.
Sesampainya di lapangan terbang, ada isu dimana beg kawan pecah. Ini pasti disebabkan oleh pekerja Malindo Air yang membaling beg dengan ganas. Nasib baik beg aku baru beli dari Mydin Jasin, kalau tak mungkin juga alami keadaan yang sama tu.

Mula-mula nak ke Kundasang singgah ke Pekan Nabalu untuk berehat seketika. Kat Pekan Nabalu ni ada cenderahati serta bahan-bahan tanaman. Memang target aku nak cari nanas tapi diminta untuk singgah sekejap. Aku pun tak de la pergi membeli sebab menjangkakan akan singgah semula (tetapi tidak sehingga akhirnya).

Pemandangan di Pekan Nabalu


Di Pekan Nabalu ni juga aku ambil beberapa gambar. Dekat sini aku mencuba kamera Nikon Coolpix W100 yang dibeli pada bulan lalu. Kena gelak dengan kawan sebab pakai kamera. Nampak old skool la tu. Tak kisahlah, meskipun nampak old skool tapi dapat mengurangkan isipadu handphone aku yang sedikit nazak ni..
Sebelum singgah ke Hotel, pergi juga spa kaki di Ranau. Memang best ikan-ikan menyonyot kaki aku. Harap-harap takde ikan yang mati lepas tu. Huhuhuhu

Kami menetap di Hotel Perkasa Kundasang. Memang cuaca di sana sejuk dan tiada aircond di sana. Lepas check in , kira-kira jam 8.30 malam kami terus memulakan aktiviti ice braking dimana kami dibahagikan ke dalam kumpulan masing-masing. Terdapat 5 kumpulan dan aku berada di kumpulan kuning. Teringat pula zaman aku sekolah rendah dan menengah memang aku dalam rumah kuning.
Ice braking setup kumpulan dan dibahagikan kepada beberapa tugasan. Banyak aktiviti yang dilakukan dalam tempoh kami team building ni. Banyak yang aku pelajari dan harap dengan team building kali ini akan memberi semangat terutama kepada team aku.



Team Building memang satu aktiviti yang bagus untuk mengenalpasti kepimpinan, kerjasama berpasukan antara satu sama lain. Aktiviti kali ini tidak selasak team building sebelum ini. Agak santai tapi tetap memberikan manfaat kepada team.

Seberang Jambatan Tamparuli dengan boss dan kawan opis…

Aku balik pada hari Ahad malam dan singgah juga ke pasar Filipina. Tapi kali ni takdelah beli mutiara bagai. Beli makanan ringan je. Untuk kali ini aku mengalami sakit perut (cirit birit) pada 2 hari terakhir. Tak pasti kenapa tapi mungkin ada makanan yang tidak cukup masak.
Almaklumlah ada satu hari tu makan steamboat masak sendiri. Mungkin ada sayur atau daging yang belum cukup masak namun ku telan juga.
Okay cukuplah serba ringkas mengenai team building 2020 bagi Lembaga Perumahan Melaka. Inshallah tahun depan ada lagi.

One Reply to “Team Building 2020 di Sabah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.