Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Korang mesti pernah dengar nama syarikat AliBaba kan? Bukan Ali Baba cerita P Ramlee tu tapi syarikat dari China yang kini merupakan antara syarikat e-commerce ternama di dunia.

Bila sebut nama AliBaba pasti anda akan teringat susuk tubuh lelaki China yang biasa-biasa sahaja. Tiada paras rupa yang menawan, tiada susuk tubuh sasa namun kredibilitinya cukup luar biasa. Bekas Guru Bahasa Inggeris ini mampu menawan perniagaan berasaskan teknologi di China meskipun keupayaan beliau dalam teknologi agak terbatas.

Jadi macam mana caranya mereka mampu berjaya sedangkan ketuanya bukan handal sangat dalam teknologi? Ini antara intipati yang ada dalam buku ‘ AliBaba World’s – Edisi Bahasa Melayu Bagaimana Sebuah Syarikat Terkenal dari China Mengubah Landskap Bisnes Dunia’.

Mungkin ramai yang kagum dengan ketokohan Jack Ma tetapi ramai yang tak tahu betapa sukarnya untuk beliau membangunkan AliBaba. Dalam buku ini beliau bukan berseorangan. Terdapat ramai yang membantu beliau untuk menjayakan misi utama beliau untuk menjadi pemenang dalam industri e-commerce di China dan seterusnya di dunia.

Buku ini bukan semata-mata cerita Jack Ma sebaliknya ia lebih kepada perjalanan hidup bekas Timbalan Presiden Kanan Kumpulan AliBaba iaitu Porter Erisman. Pemuda Inggeris dari Canada ini yang pada mulanya bekerja di tanah besar China mengambil keputusan drastik untuk bersama-sama dengan sebuah syarikat startup baharu yang dinamakan AliBaba.

Ketika menyertai pasukan itu, beliau pada mulanya sangsi tapi bila melihat semangat Jack Ma itu menjadikan inspirasi untuk bersama. Dalam buku ini anda dapat baca tentang jatuh bangun AliBaba. Bagaimana syarikat dari negara China yang banyak kawalan itu berjaya seterusnya mengubah bisnes di negara China.

Bukan sahaja kisah suka, banyak pengalaman duka yang ditempohi oleh Porter Erisman. Beliau pernah menyaksikan AliBaba bertarung dengan pasukan Ebay yang gah pada ketika itu dan berjaya memenanginya. Kegagalan AliBaba ketika bersama Yahoo dan idea terbaik iaitu membuka laman web Taobao.com yang menjadi pemangkin untuk mereka melangkah lebih jauh.

Memang satu pengalaman yang cukup memberikan inspirasi kepada sesiapa jua yang membacanya. Saya dapati kekuatan AliBaba bukanlah pada Jack Ma seorang. Meskipun beliau berjaya menjadi selebriti bisnes yang cukup berjaya namun keutuhan pasukan adalah punca kejayaan AliBaba. Visi yang ditetapkan oleh Jack Ma dibawakan dengan baik oleh pasukan-pasukan meskipun ada rintangan berat yang dihadapi ketika dalam proses membangunkan jenama AliBaba.

Kalau korang nak dapatkan buku AliBaba ni boleh secara online di PTS atau di kedai-kedai buku berhampiran. Semoga kita mampu jadi luar biasa seperti Jack Ma dan rakan-rakannya.

Boleh tengok review aku di Youtube https://www.youtube.com/watch?v=0cUK-4XV9a8&t=94s

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.