Cuti Melaka Bandaraya Bersejarah, Masuk duit syiling dalam mesin

Kembali lagi menulis dalam blog personal yang HAPRAK ni. Mungkin korang tertunggu-tunggu apa aku tulis minggu ni kan? Tak? Kalau tak, takkan datang ke blog update seminggu sekali ni.
Hahahah. Minggu ni aku banyak buat preparation slide presentation untuk mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah dan seawal Isnin lalu aku dah tengok lokasi untuk majlis tersebut. Kena bersedia seawal mungkin sebelum majlis bermula.
Takdelah terkial-kial nak buat last minute preparation nanti. Selain itu juga aku nak memperkenalkan laman web baru opis aku iaitu di http://lpnm.gov.my. Website tu dibuat oleh vendor luar jadi jangan tanya aku berapa harganya.
Nak tau syarikatnya boleh, Syarikat Dotdot.my . Website agak mudah juga kalau nak diupdate tapi aku masih takde kesempatan nak update sangat.

Sambil tu di Melaka pada hari Jumaat lalu, adalah merupakan cuti umum Melaka bagi sambutan Melaka Bandaraya Bersejarah. Aku yang kerja di jabatan kerajaan pun dapatlah cuti umum tu. Cuma takdelah cuti sangat. Ada juga kerja slide presentation yang nak kena disiapkan. Memandangkan hari cuti, aku meneruskan pembelajaran renang aku di Kolam Renang Tiara.
Memang masih banyak yang perlu ku pelajari dari tenaga pengajar. Lama juga aku belajar. Hampir 2 jam setengah juga berendam dalam kolam renang tu. Inshaallah tak lama lagi mungkin aku mampu berenang untuk diri sendiri. Korang nak belajar renang? Sebelum belajar, elok baca ebook Panduan Renang ni. Banyak membantu tau.

Lepas tu aku terus menuju ke opis untuk menyiapkan presentation. Agak penat sebab aku kena menunggu orang lain siapkan bahagian dia. Memang melangut juga duduk kat sana. Tapi takpelah, nanti claimlah OT. Memang boleh masyuk gak nanti. Ingatkan dapat setel sebelum solat Jumaat tapi hampeh. Banyak lagi yang kena diperbetulkan. Melangut sampai pukul 6.00 petang baru balik.
Cuti yang ku rancang untuk pergi masuk duit syiling ke Tabung Haji tidak menjadi kenyataan.

Cerita pasal duit syiling, kalau korang perasan aku dah lama nak masukkan duit syiling yang ku masukkan dalam bekas kuih. Dah penuh dan rasanya 3 tempat tak terima sebab mesin rosak. Alhamdulillah, mesin duit syiling di BSN Jasin berfungsi dan nasib baik juga aku mempunyai akaun BSN. Jadi peluang ni tak ku lepaskan dan kucuba masukkan. Alhamdulillah, duit syiling bernilai RM145.00 telah didepositkan dalam akaun BSN ku.

mesin-syiling
Duit syiling berjumlah RM143.80 dalam mesin deposit syiling BSN
Dapat resit dari mesin syiling
Dapat resit dari mesin syiling

Harap-harap ia mampu jadi tempat simpanan tetap sebab akaun BSN tu tak ku buat kad. Hanya pakai buku je. Agak kelakar juga interface mesin tu tapi takpelah, janji dapat ku simpan sikit duit dalam bulan ni. Sambil tu, pengiraan dalam bajetku agak tidak tepat pula untuk bulan ni. Tapi takpe, boleh diperbaiki lagi.

Dari segi kisah larian pula. Minggu depan aku akan sertai satu acara dan aku akan mengambil bib serta baju esok (artikel ditulis Sabtu 16 April 2016). Harap-harapnya aku dapat bersedia untuk program tersebut. Ooo ye, acara larian yang ku rancang untuk sertai pada 1 Mei 2016 pula di ‘postphone’. Takpelah, bagus juga sebab pada 1 Mei tu pun anak pengasuh ku akan berkahwin. Jadi aku harap isteriku nanti akan datang menjenguk lebih awal dari sepatutnya.
Kalau aku sertai larian susah pula nanti.

Selain itu, aku ingin meminta bantuan korang untuk berkongsi link survey untuk sistem Sewa Rumah ni di http://bit.ly/sistem_sewa. Bukan apa, dah sebulan aku kongsikan cuma dapat 20 maklumbalas je. Takut tak cukup maklumbalas nanti tak jadi pula projek ni. Harap korang bantulah aku ni. Disamping itu aku ingin meng’offer’ sesiapa yang nak ambil blog/domain OhPemandu.com atau menjadi partner untuk blog ligakampung.com.
Amacam ada berani? Hehehehe.

Isteriku juga ada berbincang untuk membeli rumah yang lebih besar tapi aku mencadangkan agar membeli rumah untuk pelaburan. Dan salah satu caranya adalah membeli rumah lelong. Nak beli camne? Korang cuba baca panduan Rumah Lelong ni

Itu sahajalah cerita minggu ni. Aku nak taip panjang-panjang pun tak terlarat dengan kehangatan cuaca sekarang ni. Kan?

10 thoughts on “Cuti Melaka Bandaraya Bersejarah, Masuk duit syiling dalam mesin

    1. betul gak tu bro..
      tapi kena studyla.. syiling mana yang patut dibuat koleksi dan ada nilai yang tinggi..
      syiling tahun tertentu je..
      yang lebih tu masukkan je kat dalam tabung n teruskan ke mesin je..
      simpan dalam 3 bulan terus masuk dalam akaun.

    1. nak jadi bukit mungkin penat tu bro..
      pelan-pelan simpan sampai 3 bulan tgklah berapa banyak duit syiling..
      tu seluk2 juga kat sofa ada yang tertinggal tu..

    1. sekarang dah ada mesin-mesin duit syiling tu..
      lepas menabung dalam beberapa bulan masukkan dalam mesin tu..
      pastikan juga bank tu tak boleh dikeluarkan suka-suka,.
      insha allah bertambah nanti simpanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *