Fasa 2 Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah bermula

  • by

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Korang dah terima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ? Kalau belum kena lah cepat kemaskini maklumat anda di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Sekarang ni Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) jadi lebih mudah untuk buat urusan terbabit.
Kebanyakan pejabat pun dah mula dibuka pada minggu ini. Jadi bolehlah terus ke sana jika masih belum lagi kemaskini maklumat berkaitan. Aku telahpun menerima BPN fasa 1 pada pertengahan April lalu dan dijangka akan menerima bayaran fasa kedua dalam bulan ini.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, sehingga 29 April 2020 hampir dua juta permohonan baharu dan rayuan sudah diluluskan. Jumlah tersebut membabitkan peruntukan sebanyak RM1.5 billion. Menurutnya juga bayaran untuk permohonan baharu dan rayuan akan dilakukan bermula pertengahan bulan Mei ini.

Ini juga membabitkan mereka yang tidak mempunyai akaun bank dan perlu menunaikan BPN di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Aku memang menunggu juga duit RM500 untuk melakukan pelbagai perkara yang tak boleh aku kongsikan disini. Cumanya aku harapkan korang selaku pembaca perlu mengambil peluang peruntukan kerajaan itu untuk kegunaan sebaik mungkin.
Seeloknya ia digunakan bagi kemudahan asas iaitu makanan tetapi jika anda tidak memerlukan boleh menyimpan dahulu. Meskipun nilai tidak terlalu besar namun ia penting di masa sesak yang tidak dijangka. Walaupun kerajaan telah melaksanakan PKPB namun kita belum tahu lagi pada masa akan datang.
Dengarnya isu COVID-19 ini tidak akan tamat dalam masa terdekat ini. Tidak mustahil akan ada lagi PKP dalam masa terdekat ni.

Macam mana dengan korang semua? Dah gunakan BPN sebaik mungkin ke?

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.