Pada 1 Mei 2020, YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula pada 4 Mei ini. Banyak kelonggaran diberikan terutama membabitkan golongan pekerja bagi menjana semula ekonomi yang tertunggak dalam tempoh sebulan lebih ini.
Sebenarnya banyak polemik yang dibicarakan dalam media sosial tentang pengumuman ini. Bagi kapitalis, ianya adalah peluang yang dinantikan bagi memulakan semula perniagaan selama mengalami kerugian akibat tidak dapat beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini.
Kerugian yang ditanggung perlu ditutup seberapa segera dengan menjalankan semula perniagaan. Kebanyakan netizen pula nampaknya tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan ini. Ini kerana mereka merasakan tindakan ini akan menyebabkan risiko yang lebih tinggi apatah lagi COVID-19 belum berjaya ditumpaskan sepenuhnya.

Secara peribadi aku juga agak terkejut dengan pengumuman tersebut. Memang pada hari sebelum ini kadar pertambahan kes mula berkurangan tetapi ianya belum lagi mencapai angka 1 digit. Masih 2 angka digit yang menandakan belum cukup lagi.
Tapi keputusan telah dibuat oleh pengurusan tertinggi kerajaan hasil perbincangan bersama. Aku sebagai penjawat awam perlu akur dengan keputusan tersebut dimana aku akan bekerja bermula Isnin ini. Cuma ada beberapa isu yang timbul. Antaranya :-

1) Ibu bapa yang mempunyai anak kecil mengalami kesukaran memandangkan sekolah belum dibuka dan TASKA juga masih belum beroperasi. Malahan jika TASKA beroperasi bagaimana pula dengan SOP penjarakan sosial? Amat mustahil budak kecil yang tengah lasak bermain boleh melakukan penjarakan sosial. Ini boleh merisikokan anak itu sendiri.
Pasti ramai kakitangan yang akan membawa anak kecil ke pejabat yang juga berisiko tinggi.

2) Kedai makan dibuka? Ini adalah sesuatu yang dipertikaikan oleh netizen. Amat mustahil untuk pihak pekedai mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan di tempat tertutup seperti restoran ini. Secara jujurnya, aku mencadangkan agar proses tapau sahaja dibenarkan dengan penjarakan sosial. Tapi kalau boleh makan dalam kedai memang mendekatkan risiko itu sendiri.

3)Kesesakan jalanraya. Pasti hari Isnin akan dipenuhi oleh kenderaan kembali dan adakah roadblock boleh dilakukan oleh pihak berkuasa? Pasti sukar , malahan mereka juga mempunyai risiko lebih tinggi dijangkiti jika road block diadakan.

Itulah serba sedikit pendapat aku. Tak boleh bagi lebih-lebih nanti kena tindakan pula nantiā€¦ Adakah rakyat Malaysia cukup berdisplin untuk mengikuti SOP ini? Jujurnya aku sangsi sebab PKP pun ramai yang langgar. Siap ada yang main kejar-kejar dengan polis untuk mengelakkan dari ditahan polis tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.