DIY

Ganti Mentol Jenama Osram

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ni aku menukar mentol di rumah Homestay aku di Taman Maju. Ada lebih kurang 6 mentol tidak menyala. Maka aku beli 8 mentol.
Guna enam dan selebihnya spare. Aku beli di kedai lampu di Jasin Bestari. Sekali aunty yang jaga kat depan. Pakaiannya agak meloyakan tapi aku nak beli lampu bukan nak pandang pun.
Harganya RM12 satu mentol dengan 18 Watt.. Biasa aku beli jenama Philips tapi aunty tu cakap takde stok. Pakai jenama Osram ni.. Aku memang tak tau jadi beli je la,..

Siap pasang terbang juga RM96.00. Takpelah dapat kurangkan sikit bayar upah orang. Ye lah, nak pasang mentol ni tak susah mana pun cuma ada satu mentol rosak. Masa kat kedai ok, sampai kat aku. Ada bunyi-bunyi yang kita tau ia rosak. Bunyi macam putus dia punya hapantah.
Mungkin sensitif sangat. Takpelah bukan rezeki. Ada satu tempat juga masih tak bernyala walau dah pakai 2 mentol yang okay. Mungkin ada problem part wiring ni. Takpelah buat masa ni biorkan dulu. Asal satu lampu bernyala dan masih boleh nampak.

OO ye sebelum aku taip artikel ni, aku tengok juga harga mentol ni kat Lazada. Sekali harga sekali ganda murah.. Hahahahaha.. Korang boleh klik kat link bawah ni

https://t.productlink.io/a62alu

Aku buat sikit video untuk ingatan dan kenangan.

Alhamdulillah berjaya juga menyelesaikan 5 lampu. Cuma satu je tak menyala. Aku tak nak push sangat nanti lain pula jadinya…
Ada beberapa lagi perkara yang perlu aku perbaiki untuk homestay tu. Nak kena cat/pasang wallpaper dibeberapa tempat. Selain tu kena pasang juga bidai semula kat dapur belakang. Pagar rumah pun dah nak terbuka.
Agak mencabar ni. Dalam keadaan masih PKP agak sukar juga mendapatkan pelanggan ni. Aku harap pada hujung-hujung tahun ini akan kembali meningkat tempahan.
Dapat aku perbaiki sekaligus menambah kembali keceriaan rumah ini.Kepada korang yang nak singgah ke Melaka bolehlah ke homestay aku. Boleh terus ke Booking.com di link di bawah ni

https://www.booking.com/hotel/my/homestay-taman-maju-jasin.ms.html

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.