Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku rasa nak buat artikel secara tahunan bagi berkongsi beberapa penyata yang aku terima dari pihak berkaitan.
Yelah akan memudahkan untuk aku buat rujukan di masa akan datang. Kalau ada Lembaga datang boleh terus aku rujuk kat website je nanti..
Hari ni aku godek-godek surat yang kuterima di alamat rumah mak dan ada 3 surat. Biasalah kalau surat ke alamat rumah mak ni mestilah surat rasmi.
Takkan pula surat peminat kot..Hahahahah..

Jadi aku kongsi sikit.
1) Penyata bank Public Bank sehingga September 2020. Untuk pengetahuan korang, aku ada kad debit dari Public Bank. Ianya aku gunakan untuk projek online aku. Sekarang ni berbaki RM346.00 dimana aku gunakan untuk bayar domain bernilai RM154.00.
Ada bayaran bulanan Public Bank sebanyak RM24.00. Masih cukup kalau nak meneruskan domain pada tahun hadapan ni. Aku juga baru perasan yang kad debit akan expire tahun depan. Kena standby untuk renew.
Aku bukan suka sangat pakai Public Bank ni tapi perlu untuk benda-benda online. Tak nak campur aduk dengan kegunaan seharian.

2) Penyata DALI Equity Growth Fund sehingga 30 Jun 2020. Sebenarnya aku give up juga dengan Public Mutual dari DALI ni. Ikutkan modal RM1,100 . Aku masuk ni masa dak Fatih belum lahir lagi. Sekarang ni dah 5 tahun usia anak aku ni. Belum lagi capai modal.
Ikut sekarang ni market value baru RM858.96. Takpelah, aku biarkan je dulu. Invest sampai 10 tahun kot.. Kalau camni sepatutnya aku invest sendiri je kat Bursa tu..

3)Penyata bank dari Bank Muamalat. Okay, aku ada dengar tentang orang cakap Bank Muamalat ni tinggi. Aku setuju juga tapi malas nak tukar atau refinance. Sebelum ni bayaran bulanan sekitar RM536 dan surat ni memaklumkan RM507 bulanan.Aku bayar ni guna standing instruction.
Rasa kena semak balik sebab kalau ikutkan pemotongan masih sama RM556.72 .. Harap-harap yang potong tu bayar interest terus. Nak kena pergi Bank Muamalat untuk semakan berapa baki full settlement ni.Ikutkan mungkin dalam RM6+K lagi tu.
Almaklumlah aku ikat 30 tahun dan ikutkan baru je 13 tahun. Masih berbaki 15 tahun yang panjang tu. Tapi kalau ada rezeki lebih boleh cepatkan habis. Jadi korang bantu lah aku dengan support blog serta channel Youtube tu.
Boleh bantu aku selesaikan hutang tu. Sambil tu korang boleh juga dapatkan ebook Jom Bebas Hutang kat link ni https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=175_71_1_320 . Semoga bertambah rezeki korang ye..

Okay cukuplah setakat ini. Semoga kita sama-sama berjaya menguruskan kewangan kita dan bebas dari hutang.. AMIN..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.