Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Dah seminggu hari raya baru aku berkesempatan untuk menaip di blog yang masih lagi bernyawa.
Cerita pasal Hari Raya sudah pasti pergi menziarah sanak saudara menjadi satu kemestian. Aku pun meraikannya juga dengan keluarga. Hari pertama macam biasa, balik ke kampung di Kuala Linggi. Hari Kedua di kampung sendiri dan hari keempat baru la keluar keluar dari Melaka.
Aku bercuti seminggu pada hari raya kali ini. Selasa, Jumaat dan Isnin depannya . Masuk semula bekerja pada hari Selasa.
Apa yang aku perhatikan, raya kali ini kurang meriah berbanding tahun sebelumnya. Ini pandangan peribadi aku je. Mungkin dengan keadaan ekonomi telah menyebabkan ramai yang berhati-hati dalam berbelanja.
Aku pun beli baju Melayu online je. Satu set dengan anak-anak .
Apapun Selamat Hari Raya semua.. Dah blur nak taip apa ni. Nanti la cari mood terbaik untuk taip..