Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Minggu lepas, kaki luka terlanggar lubang ketika bawa motosikal di kawasan Kota Laksamana.

Kenapa jadi camtu?

Ini apa yang mungkin berlaku.

Hari Jumaat lalu aku cuti untuk berbuat sesuatu;

Pagi lebih kurang jam 8.30 pagi aku gerak dari rumah. Mula-mula singgah ke Taman Tasik untuk print surat untuk perletakan jawatan dan pembubaran persatuan.

Lepas selesai je print dan photostat, terus la menuju ke destinasi utama iaitu pejabat ROS Melaka. Sampai senang je. Terus hantar surat tanpa apa-apa semakan pun.. Aku pun ok je la.. (Terbaharu dapat call dari ROS, diorang tak terima pembubaran camtu. Kena masuk sistem. Dan bila masuk sistem kena ada mesyuarat .. Hm…)

Dah selesai hantar surat, aku pun bergerak menuju ke satu lokasi yang agak jauh iaitu Taman Kota Laksamana. Bawa motosikal kira jauh juga.. Tengah bawa motosikal, kawasan traffic light, aku tersalah laluan. Berada di belah kiri sedangkan akan datang sepatutnya nak ke kanan. Tapi aku gagahkan juga duduk tepi sebab tengah merah. Entah macamana kaki kiri ku julurkan ke bawah dan terhentak kawasan jalan yang agak berlekuk. Melanggar bahagian tapak kaki ku yang hanya memakai sandal Asadi. Pergh!! Argh!!!

Terhoyong hayang seketika bawa motosikal Kriss 2 ni. Nasib baik tak terjatuh. Tapi luka di jari telah mula timbul. Kuku jari pun dah terbelah sikit dan darah mula menjadi hitam. Nak berhenti, destinasi dah sampai maka aku pun teruskan juga dengan keperitan tu.

Mula-mula ingatkan nak berjalan-jalan di destinasi tapi aku terus sahaja ambil borang yang ku inginkan. Balik terus tapi aku singgah ke KK Mart di Kota Laksamana. Aku sambar Nescafee dan Coklat dan juga Hansaplast.

Hmm. Aku tak makan dari pagi.. Bayangkan waktu di jam telah menunjukkan 10.30 pagi. Memang patutlah aku terhuyung hayang sekejap di traffic light tu. Nasib baik aku tak pengsan, kalau tidak memang ke hospital la jawabnya..

Jarak lokasi ni ke rumah sekitar 30 kilometer dan aku perlu menempuh jalan yang penuh dengan traffic light tu. Kebiasaannya kalau nak tekan gear akan memerlukan pertolongan ibu jari tapi untuk pulang aku terpaksa ADJUST tapak kaki ke belakang. Memang memeritkan rasanya..

Sampai ke rumah memang menahan pedih. Bila nak pijak terpaksa menahan juga kesakitan tu.. Tak pergi solat Jumaat dan tak pergi juga klinik.

Pergi klinik pun selepas 3 hari. Itupun lepas mak suruh pergi klinik sebab takut kalau ada efek lain memandangkan aku adalah seorang pesakit kencing manis..

Itulah serba sedikit perihal mengenai kecederaan yang ku alami. Ikutkan memanglah bukan cedera parah pun tapi kalau pesakit kencing manis ni , memacam yang terkait..

Artikel ini telah di tulis dalam page. Aku hanya copy paste sahaja.. Semoga tak kena copyright. Hahahha

Boleh juga rujuk video YOutube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.