Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Minggu lepas agak mencabar bila anak kecilku tidak sihat. Almaklumlah dah 8 bulan, memang tengah aktif. Tapi batuk dan demam menyebabkan dia tidak aktif. Jadi pada malam Jumaat yang lalu aku, selepas sahaja pulang dari pejabat kami terus menuju ke Poliklinik Al Amin.

Klinik yang buka 24 jam yang terletak di Alor Gajah merupakan panel klinik bagi pejabatku. Sampai kira-kira jam 8.00 malam. Alhamdulillah tak ramai orang dan terus je mendaftar. Sambil menunggu TIBA-TIBA abangnya pula yang MUNTAH . Abang dia pun sebenarnya ada isu juga muntah-muntah dan batuk. Dengan bajunya yang telah dipenuhi muntah aku telah meminta pekerja klinik tersebut untuk beri kebenaran masuk ke TANDAS. TANDAS disitu tutup. Dia suruh masuk ke sinki belah doktor. Aku masuk je dengan anak ku itu dan teruslah dia pun kena dilakukan pemeriksaan. Hahahhaa. Sekali dua , nasib baik guna panel jadi tak delah tertekan sangat nak membayar nanti. Lagi pula dah tengah bulan dan memang tengah kering kontang tu..

Tapi ini lah dia cabaran mempunyai anak. Sakit-sakit tu memang kita kena hadap..

Okay simple je kali ini untuk aku masih mengingati blog ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.