Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Sebagai salah seorang Youtuber , aku terpanggil untuk menulis tentang kes Youtuber bernama Veveonah ni. Nak bercakap pasti banyak yang aku tertinggal.
Jadi elok kalau aku selitkan dalam bentuk tulisan juga. Bagi sesiapa tak kenal Veveonah ni, korang boleh tengok video aku kat link bawah ni
[Veveonah Dituduh Menipu]
[ Review Youtuber Veveonah Mosibin]

Sebenarnya aku ternampak nama Veveonah ini trending kat Youtuber dua hari ni. Okay, mula-mula aku faham sebab sebelum ini isu katanya ‘Veveonah Menipu Untuk Dapat View’.
Kononnya tiada exam pada waktu tersebut. Walaubagaimanapun selang beberapa hari lepas tu ada kenyataan maaf dari Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Tapi dua hari ni timbul semula isu tu selepas Timbalan Menteri mengatakan bahawa mendapat info dari Ahli Parlimen Kudat dimana beliau beria-ia mengatakan kenyataannya benar.
Jujurnya aku tak faham kenapa nak cerita semula selepas minta maaf? Sepatutnya mereka meneruskan agenda untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.
Bukan sahaja di kawasan pedalaman, di kawasan Semenanjung ni pun masih ramai tak mendapat broadband berkuasa tinggi. Jadi sepatutnya tumpuan perlu diberikan kepada isu pokok iaitu menyelesaikan masalah internet berkelajuan tinggi.

Aku harap pihak Menteri tak perlu panjangkan lagi isu ini sebab mereka pasti kalah terutama di tangan netizen. Cukup sampai situ dan teruskan buat sahaja kerja.
Harap-harap esok dah tak trending lagi isu ni kat media sosial ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.