Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mula-mula aku nak ucapkan terima kasih kepada korang semua yang singgah ke blog ini. Alhamdulillah telah hampir 11 tahun aku memperbaharui hosting dengan syarikat hosting DataKL. Jujurnya, ia merupakan hosting yang tak banyak memberi karenah kepadaku.

Dulu aku guna hosting Datakl hanya untuk blog Yourhealthblog.net dan Yourfinancialblog.com tetapi kira-kira 5 tahun lalu aku ambil keputusan untuk membeli domain zoolzarizi.com sekaligus menjadikan blog ini sebagai blog personal manakala blog ligakampung.com/blog memfokuskan kepada blog sukan.

Meskipun blog bukanlah tempat aku menjana pendapatan yang stabil tetapi ia menjadi wadah untuk aku berkongsi. Meskipun sekarang ni aku memulakan diri sebagai Youtuber namun gerak kerja sebagai blogger tidak dilupakan. Ooo ye, aku juga mengharap bantuan korang semua untuk sentiasa menyokong blog-blog dan karya-karya ku. Inshallah ada manfaat dan jika berjaya aku ingin sangat berkongsi dengan anda semua..

Bukan mudah dan mungkin membazir tetapi inilah minatku. Menaip di ruangan blog merupakan salah satu aktivitiku.

Ini serba sedikit bukti aku membayar untuk menjadi ingatan di masa depan.

Akaunku di website DataKL
Invois membuktikan telah berjaya membayar. RM153.70 untuk setahun. Semoga ada sinar pada tahun hadapan.

Kalau ikutkan tahun ni memang tiada pendapatan langsung. Aku membayar menggunakan duit sendiri sahaja ni. Aku harapkan pada blog-blog yang kubayar boleh membuahkan hasil. Sekurang-kurangnya dapat membantu untukku membayar hosting ini.

Kepada korang yang nak buat website atau blog, aku menyarankan agar menggunakan perkhidmatan hosting DataKL ni..
Boleh klik kat gambar di bawah ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.