Bawa bapa ke Hospital Putra, Melaka

Pada hari Isnin yang lalu aku mengambil cuti untuk menghantar bapa ke Hospital Putra bagi melakukan proses checkup dengan pakar.
Bukan apa, ia atas kehendak bapa yang kurang berpuas hati dengan tiadanya jawapan terperinci dari Hospital Jasin.
Maka sebagai seorang anak perlulah mentaati keinginan bapa. Lagipun inilah satu-satunya bapa yang ada. Sementara ada, kenalah berbakti kepada beliau.
Sebelum itu aku berbincang dengan rakan yang menjadi ejen insurans. Walaupun bapaku memang tak layak untuk insurans tapi melalui rakanku boleh diketahui doktor yang sesuai untuk dikunjungi bagi rawatan tersebut.

Beliau mencadangkan Dr. NIk Ahmad Eid Nik Mahamood iaitu pakar Cardiology dan aku pun ikut sahaja. Aku, bapa , mak, adik dan anak buah tiba di Hospital Putra pada jam 9.30 pagi. Mula-mula ingat nak parking kereta kat bawah tapi nampak penuh maka kenalah masuk ke parking dalam.
Memandangkan Myvi kesayanganku masih tidak diperbaiki aircondnya maka terpaksalah aku meminjam kereta Proton Saga Bluwie bapaku. Sesampai di Klinik Dr Nik di tingkat tiga terpaksa menunggu kira-kira 1 jam juga sebelum dapat bertemu beliau.
Sebelum bertemu beliau bapaku di temuduga oleh MUNGKIN doktor Junior yang bertanyakan pelbagai soalan kepada bapaku. Aku duduk disebelah sambil memberikan sedikit maklumbalas. Ooo ye, isu yang bapaku ingin ketengahkan ialah kehilangan selera makan disamping bertanya tentang hal jantung.

Lepas sesi temuduga itu bapaku kena ambil darah di Tingkat 3A( okay, satu keunikan Hospital Putra ni sebab takde tingkat 4. Tak tau kenapa, mungkin ada Mitos-mitos tertentu kot).Di tingkat 3A ingatkan terus ambil darah tapi kena daftar dulu dan bayar perkhidmatan berjumlah RM137.00. Selepas ambil darah dan sampel air kencing kena turun ke tingkat bawah.
Tingkat bawah untuk ambil X-Ray bagi melihat jantung. Bayaran RM40 dikenakan untuk perkhidmatan tersebut. Akhir sekali ke lokasi 3A kembali untuk proses ECG dan juga sesi terakhir dengan Doktor Nik. Aku melihat bagaimana Dr Nik menunjukkan demo melalui peralatan canggih keadaan jantung bapaku. Aku rasa tak perlu aku cerita keadaan jantung bapaku kerana teramat peribadi.
Selesai proses doktor memberikan serba sedikit mengenai keadaan bapa dan diberikan preskripsi untuk diambil di farmasi serta senarai untuk dibayar . Kena turun di tingkat bawah dimana adikku meneruskan tugas. Aku pula menunggu adikku di tingkat atas parking selepas membayar RM7.00 untuk tempoh yang aku tak berapa ingat. Bila nak turun tetiba penjaga parking bertanya sebab telah lebih masa.
Rupa-rupanya aku telah menunggu di atas lebih dari 15 minit dan bayaran tambahan RM3.00 perlu dikenakan. Hm. nasiblah kan.

Ini sedikit pengalaman aku berurusan di Hospital Putra dan minggu hadapan kena datang lagi untuk Doktor Nik menyemak kembali keadaan bapa. Doakan supaya kesihatan bapaku bertambah baik ye kawan-kawan.

Alhamdulillah dapat juga aku berbakti kepada bapaku di bulan Ramadhan Al Mubarak ni. Walaupun kecewa sebab bapa memberikan semula duit bayaran tapi tak mengapalah. Sekurang-kurangnya ada bakti tenaga yang dicurahkan. Inshallah

2 thoughts on “Bawa bapa ke Hospital Putra, Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *