banner-rumah-contoh

Layan Royal Mangga Float, Majlis Perasmian M-Go Home Taman Desa Idaman

Agak lewat sikit menulis dalam minggu ini. Agak penat dengan aktiviti untuk persediaan majlis perasmian rumah contoh M-Go Home Taman Desa Idaman, Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka. Korang pernah ke dengar M-Go Home ? Mungkin ramai tak pernah dengar sebab ini merupakan satu-satunya skim Perumahan yang dibuat untuk penjawat awam di Negeri Melaka. Konsep projek perumahan ini adalah membangunkan taman perumahan mampu milik untuk penjawat awam yang berkhidmat di Negeri Melaka samada kerajaan persekutuan ataupun kerajaan negeri. Rumah teres yang terletak di kawasan pecan Durian Tunggal ini terletak di lokasi yang amat strategik kerana berhampiran Lebuhraya Tol Ayer Keroh dan juga berdekatan pusat pentadbiran Kerajaan di MITC.

Harganya? Hanya RM180,000 dengan keluasan 28’x50’ kaki persegi. Ditambah pula dengan kelengkapan perabot yang disediakan. Memang murahlah. Bukan sahaja murah, rumah tersebut juga dijangka akan siap dalam tempoh 6 bulan sahaja. Mustahil ? Tidak mustahil kerana pemaju tersebut mempunyai kaedah untuk menyiapkan rumah dalam tempoh yang singkat. Ia terbukti apabila syarikat tersebut berjaya memasuki Malaysia Book Of Records menyiapkan Rumah Mampu Milik di Ayer Pasir.

Adakah aku akan membeli rumah tersebut? Tidak.. Kenapa? Sebabnya, komitmen aku agak membataskan untuk aku membeli rumah tersebut. Aku telah memiliki rumah sederhana rendah dan isteriku pula baru je mencuba beli rumah di lokasi lain. Lebih-lebih lagi rumah tersebut mempunyai syarat ketat seperti hanya untuk pembelian pertama bagi penjawat awam maka aku tidak memohon langsung. Lagipun biarlah beri peluang kepada orang lain yang lebih layak. Buat masa ini, aku mungkin nak cuba risik-risik rumah lelong je dulu.

Bercerita pasal majlis perasmian rumah contoh M-Go Home Taman Desa Idaman, Durian Tunggal ni, aku ditugaskan menempah banner, bunting, backdrop dan tambahan plaque perasmian. Macam biasa, kenalah dapatkan pengesahan protokol dan sebagainya. AKu tempah dekat _____ (dirahsiakan). Dari segi design memang ok dan kerjasama juga ok. Cuma ada masalah ketinggian plaque yang diletak kat rumah tu. Memang kelam kabut juga sebab aku minta dia betulkan pada pagi Isnin (hari kejadian tu). Dari pukul 11.00 pagi sampai jam 1.00 tengahari baru dapat siap (majlis pukul 2.30 petang).

 plaque-
YAB Ketua Menteri menandatangani di plaq perasmian yang ada masalah sebelumnya

Alhamdulillah berjaya juga disiapkan walau ada sikit cacat pada plaque tu. Tapi tak mengapalah, asalkan tak dikomplen lagi. Oo ye, majlis perasmian diadakan dalam keadaan hujan renyai. Walaupun ku jangka tak ramai sebab majlis dibuat pada hari kerja dan pada waktu hujan namun kedatangan menggalakkan.  Majlis tersebut dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ir. Idris bin Hj Haron dan aku pulang kira-kira jam 4.30 petang. Bagi sesiapa yang nak membeli rumah di Melaka, cuba korang like page Facebook Lembaga Perumahan Melaka. Banyak info kat situ yang dikongsikan oleh kakitanga LPM.

zool-tepi-mgohome
Cuba cari kat mana aku

 Selamat satu lagi majlis perasmian. Dijangkakan bulan Februari akan ada lagi majlis perasmian. Tak tau lepas ni aku terlibat bahagian mana pula nanti.

Ok, masa aku buat semakan pemasangan banner, bunting pada hari Sabtu lalu aku membawa kaum keluargaku iaitu emak, adik, isteri, Fatih dan Aliya(sepupu). Lepas siap semua tu pergi layan minum Royal Manggo Float yang viral sedikit masa dahulu. Aku bernasib baik sebab masa datang tak ramai maka tak perlu beratur. Air manga yang dicampur dengan hirisan manga serta tambahan aiskrim cukup menyelerakan. Harganya adalah RM5.00 secawan. Berbaloi kalau sesekali tapi kalau seselalu pitam juga tu. Heeheheh. Royal Manggo Float ni terletak di Gerbang Sungai Putat, Ayer Keroh, Melaka. Kalau sesiapa nak makan mee kari atau goreng-goreng ada gerai makan di kawasan berdekatan tapi aku nak layan Royal Manggo je masa tu.

 royal-mango-float

OOO ye, minggu ini juga aku berjaya menghabiskan larian 10 kilometer pertama tahun ini. Inshallah akan diperbanyakkan lagi untuk mencapai matlamat 600 kilometer untuk tahun 2017. Semoga dapat dicapai.

Okay, cukuplah sikit cerita untuk minggu ini. Tak banyak yang boleh kutuliskan untuk minggu ini.

2 thoughts on “Layan Royal Mangga Float, Majlis Perasmian M-Go Home Taman Desa Idaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *