Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Aku nak cerita sikit je pasal aktiviti aku pada hari Sabtu lepas.

Aku rasa ramai yang sedia maklum bahawa aku meminati buah nanas. Disebabkan oleh minat aku terhadap nanas juga menyebabkan aku membuka facebook page Nanasdotcom meskipun tak berjaya dalam bidang penanaman nanas tersebut. Malahan aku sering diperli apabila perkataan nanas menjadi sebutan di pejabatku.

Tapi tak mengapa , itu lumrah kehidupan. Kena telan juga. Memandangkan aku merupakan pemilik fb page berkaitan nanas, aku mempunyai ramai rakan yang bijak pandai dalam bidang ini. Salah seorang darinya adalah seorang anak muda dari Chinchin , Jasin yang ku kenali dengan nama Din Senggora.

Umurnya baharu dalam lingkungan 20-an , masih bujang dan mempunyai kelulusan diploma dari IPT tempatan tapi mengambil pendekatan yang jarang dibuat oleh anak muda seusianya. Beliau mengambil peluang untuk menceburi bidang pertanian iaitu tanaman nanas.

Memang aku respek habis dengan minatnya. Berbeza dengan pengalaman aku menanam nanas kira-kira 6 tahun yang lalu dimana aku menggunakan konsep 3 T(Tanam, Tinggal , Tunggu) , sebaliknya Din menjadi penanam fulltime. Memang cukup mengejutkan dengan keberaniannya yang meneruskan kerja dengan berhadapan terik mentari.

Dulu aku pernah melawat ladangnya beberapa bulan lalu, tapi masa tu belum lagi ada buahnya. Jadi tak berapa menyeronokkan. Ketika tu dia maklumkan bahawa akan berbuah kira-kira bulan Jun nanti. Memandangkan Jun masih dalam PKP maka sukar aku nak pergi dan pada hujung Jun beliau memaklumkan telah ada buah. Agak sibuk sikit jadi aku tak dapat bertemu sehinggalah pada 4 Julai 2020 dapat berjumpa sekali lagi dengan anak muda ni.

Kali ini aku sempat menemuramah serba sedikit tentang nanas ni. Alhamdulillah banyak juga ilmu berguna yang diberikan oleh beliau. Meskipun aku belum yakin untuk kembali menceburi bidang ini namun ilmu ini tetap berguna sebab aku juga ada tanam nanas ni secara kecil-kecilan di kebun belakang rumah mak dan di tepi longkang taman. Inshallah, tahun depan mungkin nampak hasilnya..

Layankan Video Ladang Nanas Viral Chinchin Jasin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.