projek sukan

Kembali Untuk Berjogging , beli kasut Nike , Olike Neo baharu , Eken H9R

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Sebenarnya dah lama aku nak kembali mengaktifkan diri berjogging ni.

Tapi kemalasan melanda nak cari mood menyebabkan hajat terbantut untuk kembali menguasai litar di Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka. Jadi pada hari Isnin lepas aku cuba juga untuk menambat lorong di taman rekreasi itu. Okay sebelum cerita pasal langkahan di Taman Botanikal tu aku nak kongsi sedikit beberapa benda yang aku beli dan bawa ke sana iaitu :-

  1. Kasut Jogging Nike

Aku rasa tak pernah lagi membeli kasut jogging jenama besar seperti Nike ni. Aku biasa beli yang jenama rendah macam Topper. Tapi kali ini aku beli jenama Nike dari gedung Al-Ikhsan. Aku beli ketika pulang dari menziarahi kawan tempohari. Balik aku singgah Restoran Jejantas Ayer Keroh dan terpandang jenama Nike yang dijual dalam lingkungan RM12+ hingga RM17+. Memandangkan aku dalam tempoh projek cabaran 60 hari maka elok kalau disambar je. Harga ni masih SANGGUP beli bagiku. Jadi terus sahaja ku kopek wallet dan menyerahkan wang RM130.00 untuk kasut tersebut. Murah ke ? Aku tak tau. Yang pastinya itu nilai yang sanggup untuk ku beli dan sudah pasti jenama Nike menjadi impianku.

2. Olike Neo

Aku beli Olike Neo kali kedua disebabkan yang lama dah bermasalah dari segi getahnya. Aku sanggup beli yang baharu selepas cari kat internet untuk gelangnya. Takde yang jual. Dan bila dapat harga murah iaitu RM160 maka aku sambar je yang baharu. Aku rasa Olike Neo ni sesuai bagiku yang memerlukan jam yang boleh merekod pergerakan terutama ada GPS dalaman. Ini memudahkan jika nak melakukan aktiviti jogging. Kalau jam yang biasa kena bawa handphone bersama. Agak leceh camtu.

Lagipun Olike Neo yang dulu masih berfungsi cuma masalah kat gelang getah tu je. Mungkin aku akan gunakan yang rosak tu untuk kegunaan air manakala yang baharu ini lebih kepada kegunaan yang tidak kena air.

3. Eken H9R

Kamera aksi yang aku rasakan rugi tak sambar lebih awal. Kamera aksi yang berharga kurang dari RM200 ini memang mencukupi kalau nak buat video outdoor. Mungkin kelemahan dari segi audio tapi sepanjang 3 hari aku gunakan di kereta nampak kualiti yang baik. Ada menyesal juga beli kamera Canon tahun lepas. Kualiti gambar kureng berbanding handphone dan tak berapa relevan. Tapi takpelah, dah terbeli kan. Kalau tau dulu harga Eken H9R ni murah dan kualiti baik, mungkin beli ni dulu.

Ni sedikit hasil ketika aku berjalan sahaja di Taman Botanikal Ayer Keroh. Ikutkan nak cuba lari tapi aku dapat rasakan ada sedikit tekanan di dada. Jadi aku tak mahu push sangat. Nanti tak pasal-pasal kena angkat dari sana. Jadi aku cuma berjalan sahaja. Korang boleh tengok video kat bawah ni yang aku ambil guna action camera Eken H9R ..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

2 thoughts on “Kembali Untuk Berjogging , beli kasut Nike , Olike Neo baharu , Eken H9R

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.