Uncategorized

Menonton Drama Melayu : Aku OCD dan Pencipta Pegang Waktu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Semoga Hari Raya Qurban pada tahun ini memberi manfaat yang baik kepada kita.
Hari cuti ni takde apa sangat yang aku boleh ceritakan. Cuma aku pulang ke kampung pada hari raya pertama dan kedua.
Takde apa yang menarik sangat untuk ku kongsikan pada korang semua.
Tapi aku rasa nak berkongsi dua drama yang telah aku tonton pada hari raya ni.

Agak kelakar sebab aku bukanlah peminat drama tetapi memandangkan ada channel berkaitan drama melayu maka kadangkala aku terjenguk jugak.
Minggu ni ada dua telefilem Melayu yang aku tonton iaitu drama Aku OCD dan Pencipta Pegang Waktu. Jadi aku cuba kongsi serba sedikit sambil tu korang boleh support channel aku pasal Drama ni ( Lozer Production).

Sambil tu korang boleh juga view sinopsis dua drama ni dulu

Video Sinopsis Aku OCD

Amacam? Ok tak video yang aku buat? Drama ini menarik perhatian aku untuk menontonnya. Bukan apa, satu sebab time drama ni bersiaran, anakku dah tidur manakala isteri pula tak berminat nak tonton tv.
Jadi aku layan lah kejap. Aku sebenarnya nak tau apa itu OCD. Kalau korang baca dalam blog ni OCD adalah sejenis penyakit mental yang menyebabkan pesakitnya akan mengulang kembali sesuatu.
Termasuk jugalah bercakap. Ini yang ditekankan dalam drama Aku OCD tu. Drama ni memaparkan 3 watak utama iaitu Naim Daniel, Izzue Islam dan Camelia Natasya.
Ceritanya bila mana Kimi lakonan Naim Daniel merupakan seorang pesakit OCD yang telah tersalah mendaftar kursus elektif iaitu seni persembahan. Sudah pasti sukar bagi pesakit OCD untuk mengambil kursus tersebut.
Sambil tu Afiq (Izzue Islam ) dan Ain (Camelia Natasya) akan menjadi ahli kumpulan yang ditetapkan oleh pensyarah. Mulanya Afiq tidak gemar dengan Kimi dan meminta pensyarah menukarnya tapi tidak dibenarkan.
Dalam drama ini akan memaparkan konflik bilamana Ain yang sudah lama menjadi rakan Afiq jatuh cinta kepada Kimi.

Aku rasa drama ini bagus untuk hiburan dalam masa sama kita memahami situasi pengidap OCD. Mereka ni nampak normal tetapi ada isu bila menghadapi tekanan.

Video Sinopsis Pencipta Pegang Waktu

Drama ni sedikit berat. Ia mengisahkan Zee yang dilakonkan oleh Que Haidar merupakan seorang lelaki lembut. Meskipun lembut beliau bukanlah seperti yang biasa menjadi topik drama Melayu. Dia masih menjaga tatasusila apatah lagi bapanya merupakan seorang bilal kampung.
Konflik berlaku bila Zaman, abangnya amat membenci dan sering memukul Zee. Zee telah keluar meninggalkan kampung dan berkelanan di bandar. Disini timbul beberapa konflik termasuk bertemu abangnya yang merupakan seorang samseng jalanan.
Aku memang menyarankan korang tengok drama ini sebab ia boleh menyebabkan airmata gugur secara deras. Lakonan Que memang menjadi ditambah pula dengan beberapa pelakon handalan seperti Ogy Ahmad Daud, Khir Rahman, Jalil Hamid dan Puteri Balqis yang menjadi teraju utama.
Pasti drama ini akan tercalon dalam drama terbaik tahun ini.

Ok cukuplah serba sedikit. Aku sebenarnya tak pandai nak memberi komen berkenaan hal drama ni. Tapi aku cuba juga. Pendapat aku sekarang tak semua drama Melayu ni berkisar hal cinta kosong semata-mata.
Ada yang kita boleh jadikan panduan. Dua-dua drama ni ada isunya sendiri.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.