Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Ikutkan niat di hati memang lah nak buat korban di kampung atau kariah tapi macam sebelum ni. Keterlupaan untuk menyimpan secara konsisten menyebabkan tak berjaya juga.
Dah tinggal 2 minggu baru teringat nak berkorban. Jadi sekali lagi aku mengambil bahagian dalam qurban menggunakan EZQurban.org.
Ini tahun kedua selepas kali pertama pada tahun lepas. Cumanya kali ni ada rezeki lebih tambah sikit bahagian isteri.
Insyallah kalau ada kemampuan tahun depan akan cuba menambah lebih lagi qurban. Bukan apa, sebagai umat Islam kita cubalah menunaikan ibadah ini. Nak pergi haji masih belum cukup kemampuan lagi.
Apatah lagi sekarang ni dengan isu Coronavirus ni, mungkin lambat lagi nak dapat giliran. Itu pun tak tau sempat atau tidak.
Jadi kita cubalah tunaikan secara online. Lagipun EZQurban ni dah mendapat pengiktirafan dari pelbagai agensi dan terdapat 35 Negara bagi Pelaksanaan Korban ini.
Tidak perlu was-was dengan kemampuan mereka dalam melaksanakan ibadah qurban tersebut. Pasti hasilnya sampai kepada yang memerlukan terutama di negara yang mengalami kesukaran untuk mendapat sumber bekalan daging untuk dimakan.

Disamping itu aku juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Tahun ini pasti berbeza dari tahun sebelumnya. Meskipun telah dibenarkan untuk berhari raya tapi SOP mesti jaga ye..

2 Replies to “Qurban di EZQUrban kali kedua”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.