Mesyuarat bersama Ketua Menteri Melaka Baharu , YAB Datuk Sulaiman Md Ali , Bayar Zakat Online

  • by

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,,

Hari ni pertama kali aku menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka yang baharu iaitu Datuk Sulaiman bin Md Ali merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka.

Kalau ikutkan ini merupakan Ketua Menteri Melaka yang keempat aku menunjukkan slide presentation. Almaklumlah jadi penjaga laptop memang kena lah bersedia seawal mungkin. Apatah lagi dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dalam waktu Ramadhan lagilah mencabar minda. Ditambah pula boss yang baharu menjadi Pengarah Eksekutif memang tambah cabaran. Mula-mula presentation berjalan lancar tetapi bila masuk part paper aku ada sikit menganggu sehingga aku sedikit tertekan.

Takpelah , nak buat camne.. Memang dah menjangkakan keadaan sebegini apabila ada seorang BOD yang agak particular mengenai sistem. Kenalah tangguh keputusan paper aku. Hari ni aku menggunakan laptop opis yang dibeli tahun lepas. Alhamdulillah meskipun processor i5 tapi Hard Disk SSD nampak lebih smooth lagi.

Ada beberapa keputusan menarik tapi tak boleh dibincangkan di sini. Cumanya aku rasa semakin serabut pula rambut ni.. Okay, tiada banyak gambar di ambil. Menyedihkan bila gambar rasmi pun tiada yang tertangkap…

Sampai terbalik topeng muka.

Memandangkan sekarang ni digalakkan membayar zakat secara online disebabkan PKP ni maka aku teruskan membayar selepas balik. Ye lah, takut terlupa pula nanti. Sedar-sedar dah hari Raya.. Hari Raya pun dah tak perasan nanti sebab mungkin tak dapat meraikan seperti sebelum ini…. CUma feel dia kureng sikit lah berbanding bayar dekat amil..

Macammana dengan korang semua? Dah bayar zakat ke belum? Elok bayar cepat nanti terlupa pula. Untuk bayaran zakat korang boleh rujuk laman web zakat negeri korang kerja ni..

1. Selangor : https://fpx.zakatselangor.com.my

2. WP : https://zakat2u.com.my/payment/fast

3. Kedah : https://jom.zakatkedah.com.my

4. Perlis : https://bit.ly/2VMqN5L

5. Penang : https://bit.ly/2Ko9zqj

6. Kelantan : https://zakat.e-maik.my/v5/index.php

7. Terengganu : https://bit.ly/2Vrxvz3

8. Perak : https://ezakat.maiamp.gov.my/v4/

9. Pahang : https://bit.ly/2KljrRA

10. Negeri Sembilan : https://bit.ly/3eEbyEB

11. Melaka : https://bit.ly/2RVHb2E

12.Johor : http://fitrah.maij.gov.my

13. Sarawak : https://bit.ly/2zmhimp

14. Sabah : https://bit.ly/3bucJo

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.